CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

adidas LANCAR BUT Bola Sepak X & ACE

4-8-2015 05:20 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 3151| Komen: 0

Adidas tonjol Keperibadian Baharu di atas Padang - Musnah dan Kawal

Adidas, jenama bola sepak terkemuka dunia, telah melancarkan rangkaian but bola sepak terbaharunya - X15 and ACE15 di bawah Kempen Bola Sepak Musnah dan Kawal ilhamnya. Bersempena dengan pelancarannya, adidas turut menganjurkan satu siri pertandingan bola sepak ‘2 Lawan 2’ (2V2) di seluruh pelusuk dunia demi menyuntik pembaharuan yang mahu dibawanya ke dalam corak permainan bola sepak. Ciri, posisi serta atribut yang dahulunya mustahak sudahpun lapuk dan tidak relevan lagi. Bagi adidas, masa depan bola sepak adalah sekarang.



Sebagai permulaan kepada peringkat pengambilan rekrut bagi pertandingan 2V2 adidas di Malaysia, adidas telah mempertontonkan video Musnah lawan Kawal yang menampilkan beberapa pemain bola sepak terkemuka Asia Tenggara: Roen Cian Nagapan (Malaysia), Raphael Maitimo (Indonesia), Mika Chunuonsee (Thailand), dan Anthony Ampaipitakwong (Thailand). Melalui video itu, kualiti Musnah dan Kawal telah ditonjolkan oleh barisan pemain berkenaan dengan memakai but bola sepak adidas X15 and ACE15.


Memusnah lwn Mengawal (Destroy vs Control): Hari Perlawanan
Perlawanan adidas telah mengenalpasti dua jenis pemain di atas padang - iaitu mereka yang membawa 'kemusnahan' kepada pasukan lawan dan mereka yang mampu mengawal segalanya, dengan kata lain, mereka yang digelar pengubah rentak dan perancang permainan. Buat pertama kalinya, dua pemain jenis ini akan beraksi dengan mengenakan but bola yang direka berdasarkan kemahiran masing-masing iaitu adidas X15 and ACE15. Bagi menyambut revolusi baharu bola sepak ini, adidas telah mengadakan satu siri pertandingan 2V2 di beberapa bandaraya utama Asia Tenggara termasuk Bangkok, Thailand; Jakarta, Indonesia dan kini singgah pula ke Kuala Lumpur, Malaysia.



Format pertandingan menampilkan tempoh permainan tiga minit untuk setiap separuh masa dan ia mempertemukan dua pasukan yang dibarisi dua pemain untuk setiap skuad. Kedua-dua pasukan akan berentap dalam gelanggang futsal yang separuh lebih kecil berbanding saiz sebenar. Matlamat utamanya bukanlah untuk menang denganmengatasi lawan dengan jumlah jaringan, sebaliknya cuba meraih mata dengan menambat hari panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar bola sepak berpengaruh. Mata dianugerah berdasarkan betapa kreatif gerakan pasukan tersebut di atas padang, di samping sehebat mana bakat mampu mereka serlahkan dalam sukan ini. Panel juri Malaysia terdiri daripada pemain bola gaya bebas Vietnam disegani iaitu Hoai-Nam Nguyen, atau lebih dikenali sebagai "Nam the Man", penganalisa bola Abbas Saad, pemain bola sepak sosial Roen Cian Nagapan, dan pengkritik bola sepak Ross Yusof. Dua finalis akan bersemuka di final, dengan pasukan yang memperoleh mata tertinggi akan diganjari dengan rombongan pengalaman bola sepak sekali dalam seumur hidup ke Eropah.

“Melalui kempen dan pertandingan Musnah lawan Kawal, kami berhasrat untuk mengenalpasti bakat bola sepak tanahair di peringkat akar umbi. Matlamat kami adalah untuk menghimpunkan sekumpulan pemain berbakat dan berkemahiran tinggi lalu memupuk mereka sehingga mencapai taraf antarabangsa," kata Max An, Pengarah Negara, adidas Malaysia.  "Kami percaya bahawa bakat-bakat muda seharusnya digilap dalam persekitaran yang paling kondusif supaya memastikan mereka dapat berkembang dengan berkesan dan kekal fokus dalam meningkatkan tahap permainan mereka. Kami di adidas menyediakan platform untuk mendorong mereka yang memiliki bakat terpendam untuk memanfaatkan peluang ini dan menjadi terbaik daripada yang terbaik."

But Bola Sepak adidas X15 (Musnah) dan ACE15 (Kawal)
adidas telahpun menghentikan pengeluaran rangkaian but bola terdahulunya seperti F50, Predator, 11pro dan Nitrocharge bagi memberi laluan untuk kemunculan rangkaian terbaharu Musnah dan Kawal - iaitu adidas X15 and ACE15.


“Terdapat sebilangan pemain yang mampu mengawal permainan dengan pintar, tahu apa yang dikehendaki pasukannya. Pemain-pemain sebegini sudah tentunya sesuai dengan adidas ACE15 yang direka khas untuk mengawal mantap di atas padang,” kata pengurus terkemuka dunia Pep Guardiola. “Dan ada sejenis lagi pemain-pemain yang menjadi duri dalam daging pasukan lawan dengan naluri dan bakat semulajadi yang dimiliki. Maka mereka ini patut memakai adidas X15 yang diperbuat khas pemain-pemain yang berupaya bertindak pada detik yang tepat dan terbaik."

X15 direka khusus untuk penyerang dan pemain pertahanan. Untuk pemain yang diperlukan untuk bertindak balas pantas, sokongan dan fleksibiliti yang terdapat dalam but bola adalah getir. Dicipta khas untuk pemain yang paling dinamik dan tangkas di dunia, X15 menampilkan TECHFIT COLLAR yang menawarkan sokongan dan dakapan selesa buat  buku lali pemakainya. Tapak X-CLAW pula menghadirkan cengkaman lengkap dengan rasa ringan, manakala X-CAGE ialah sejenis rekabentuk serpihan dan ringan yang memberikan sokongan yang unggul ketika berlakunya gerakan paling tangkas. X-SKIN terdiri daripada satu sistem tiga lapisan  kompleks yang menjamin keselesaan, perlindungan dan prestasi terbaik dalam apa jua keadaan. Thomas Müller, Gareth Bale, Luis Suárez, Karim Benzema dan álvaro Morata adalah antara pemain yang mampu meledak tanpa disedari lawan. Kemunculan adidas X15 adalah ibarat kumpulan pemain berbahaya ini dibekalkan dengan senjata pemusnah yang digeruni.

ACE15 direka untuk mengawal. Menggunakan bahan buatan 3D, CONTROL WEB memberikan kawalan bola yang unggul. Gabungan kompaun 3-lapis dengan tapak EVA yang mencengkam pula menjanjikan sentuhan yang tiada tolok banding. Ciri istimewa lain termasuk konfigurasi baharu stud yang memberikan pemakainya kawalan bola penuh ketika menggelecek. Kulit NSG (Non-stop grip atau cengkaman tidak-henti) menggunakan tompok 3D untuk kawalan sempurna dalam apa jua keadaan padang dan cuaca. adidas ACE15 adalah diilhamkan untuk membantu pemain-pemain tengah mengawal rentak permainan pasukannya dan mengelak situasi kelam kabut . Antara pemain antarabangsa yang padan dengan profil berkenaan Mesut Özil, James Rodríguez, Oscar, Manuel Neuer dan Ivan Rakitić yang beraksi untuk pasukan-pasukan terbaik dunia.


Layari kedai dalam talian adidas di shop.adidas.com.my.

15

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.035842 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top