CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara 5 Tahun 'Ajak' Warganet Rogol Anak Kembar PM Thai

30-5-2022 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1231| Komen: 1

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas memuat naik ciapan berbaur ugutan rogol terhadap anak kembar perempuan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, lapor laman berita Thaiger  kelmarin.


Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan mendapati lelaki itu bersalah kerana mengugut melakukan jenayah dan melanggar Akta Jenayah Komputer berhubung kenyataannya yang disiarkan pada Mac tahun lalu.



Pada Mac 2021, Wuttichai menulis ciapan di akaun Twitternya berbunyi: “Jika sesiapa menjumpai anak perempuan Prayut di mana-mana, jangan lupa untuk merogol mereka.”

PM Prayut memfailkan kes terhadap penulis ciapan itu di Balai Polis Nang Loeng, Bangkok pada 23 Mac tahun lepas kerana melanggar kedua-dua Akta Jenayah Komputer dan Seksyen 85 Kanun Keseksaan Thailand mengenai Menerbitkan Jenayah.

Pada mulanya, Wuttichai memberitahu polis bahawa akaun Twitternya digodam dan ciapan itu bukan hasil tulisannya.

Bagaimanapun, apabila polis menggeledah kediaman Wuttichai dan memeriksa peranti komputer ribanya, mereka tidak menemui bukti bahawa dia telah digodam.

Wuttichai akhirnya mengaku melakukan jenayah itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman selepas lebih setahun ciapan berkenaan disiarkan.

Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah tetapi memandangkan ini adalah kesalahan jenayahnya yang pertama, pihak berkuasa bersetuju mengurangkan hukuman Wuttichai sebanyak dua tahun setengah. 


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 30-5-2022 05:34 PM
gambar zmn bila la anak2 PM thai ni. fesyen rambut awal 2000an sgt. zmn2 freshie high school, zmn lagu fan ja bird thongchai

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top