Bagi sesiapa yang mengenali dan mengikuti media sosial Fadzil Zahari, pasti akan terbiasa dengan ‘posting’nya di media sosial yang kadangkala berbaur sindiran.
Terbaru, Fadzil memuat naik gambar di Instagram mengenai situasi ketika solat jumaat di salah satu masjid di Sarawak. Menerusi gambar itu, kelihatan sepasan selipar wanita bewarna biru dihiasi sekuntum bunga berwarna merah jambu. Dalam postingnya itu, Fadzil turut berterima kasih kepada isterinya, Yana Samsudin kerana meminjamkannya selipar berkenaan.
Malah, dia juga seolah-olah bergurau dengan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas melakukan solat, pasti selipar tidak akan hilang di masjid. Gambar tersebut mendapat perhatian netizen kerana ada yang berpendapat membawa selipar isteri ketika menunaikan solat Jumaat merupakan salah satu tip untuk mengelak daripada selipar dicuri di masjid. Melihat di ruangan komen, ramai terhibur dan ada juga netizen berpendapat, sekiranya selipar tersebut hilang, pasti golongan ‘shemale’ yang mengambilnya. Sumber: Murai
|
Malah, dia juga seolah-olah bergurau dengan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas melakukan solat, pasti selipar tidak akan hilang di masjid.
ADVERTISEMENT