CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hazama Tak Malu Berniaga Di Gerai

30-5-2022 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2372| Komen: 7

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi pengajaran dan teladan kepada ramai orang tentang pengurusan kewangan.

Selepas tempoh lebih dua tahun lalu, ramai hilang pekerjaan dan tidak kurang juga yang berputih mata apabila terpaksa menutup perniagaan gara-gara penularan Covid-19.

Bagi penyanyi bersuara emas, Hazama, pengurusan kewangan yang betul yang diamalkan kira-kira sejak 10 tahun lalu telah menyelamatkan dirinya dan isteri daripada ‘jatuh terpuruk’ akibat ketiadaan kerja.

Foto: IG

Kata pemilik nama sebenar Hazama Ahmad Azmi, dia bersyukur kerana kesedaran itu masih terus dipraktikan sehingga ke hari ini.


“Saya belajar urus kewangan sendiri sejak 2013 lagi. Isteri, Genervie Kam Shi Ling nasihatkan saya agar membuka sebuah syarikat untuk urus keluar masuk duit.

“Alhamdulillah, ketika PKP, saya guna duit yang disimpan untuk kelangsungan hidup,” jelasnya.

“Masa PKP saya juga terkesan. Tetapi tidaklah terlalu terbeban.

“Sejak kenal isteri, dia banyak nasihatkan agar belanja untuk sesuatu yang kita perlu sahaja,” katanya.


Mengusahakan perniagaan menjual makanan termasuk laksa yang dihasilkan si isteri, Hazama memberitahu aktiviti tersebut dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan.

Kata Hazama, dia berhasrat untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan. Namun katanya, buat masa ini, belum mampu fokus ke arah itu kerana tumpuan sepenuhnya masih perlu diberikan kepada dunia seni.



“Kami jual laksa dan biskut sejak PKP lagi. Masa itu berniaga dari rumah.

“Memang teringin nak buka restoran memandangkan saya juga pernah bekerja dalam bidang yang sama sebelum bergelar penyanyi.

“Tetapi fokus masih kepada bidang seni. Sekarang ini kekangannya adalah modal. Kalau ada, Insya-Allah,” katanya.

Cerita Hazama lagi, perniagaan tersebut diusahakan bukan kerana tiada kerja.



Sebaliknya, penyanyi berusia 37 tahun ini menegaskan aktiviti tersebut, yang diusaha secara sambilan perlu diteruskan sebagai punca pendapatan sampingan.

“Alhamdulillah, semenjak endemik, tawaran kerja semakin banyak. Masa PKP kami berniaga dan dapat sambutan. Rugi kalau kami tak teruskan.

“Mungkin perniagaan ini boleh dikembangkan. Sebab itu kami cuba, buka gerai masa bulan Ramadan lalu.

“Ingin saya maklumkan, ini adalah perniagaan isteri saya. Saya bantu sedikit demi sedikit. Modal pun tak besar. Bagus juga, ada sedikit pendapatan selain sumber rezeki dalam dunia seni,” ujarnya.



Cerita Hazama lagi, pengalaman berniaga ketika usia muda banyak memberi manfaat dan memudahkan dia untuk membantu isteri menguruskan perniagaan mereka.

“Buat masa ini saya tak perlu upah pekerja, lebih elok urus sendiri. Lebih jimat kerana perniagaan kami ini juga tak guna modal besar.

“Saya tak kisah, jaga gerai sendiri sebab saya, sebelum bergelar penyanyi, sudah berniaga. Pernah bantu rakan jual burger manakala ibu bapa saya jual air tebu di bazar Ramadan. Jadi bila, PKP dilaksanakan, saya tak segan berniaga semula.

“Saya sudah biasa dengan persekitaran begitu. Memang seronok,” ceritanya.



Penyanyi lagu Relakan Jiwa ini mengakui, selepas 10 tahun, dia merasakan kini sudah relevan untuk dirinya menjadi pelakon.

Katanya, dia perlu keluar dari zon selesa, terjun ke dalam bidang selain nyanyian.

“Sebagai penyanyi, ramai yang sudah tahu apa yang boleh saya lakukan. Saya akui, saya selesa menyanyi. Tetapi sekarang, saya fokus lakonan pula.

“Saya kena cuba bidang yang diluar keselesaan saya. Jadi, daripada saya duduk rumah, buat lagu sahaja. Elok saya jadi pelakon pula,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-5-2022 02:20 PM
Moga beliau dikurniakan zuriat. Aamin
Quote dewimalam78 30-5-2022 11:29 PM
Kelebihan dia kahwin dengan cina. Boleh fikir masa depan sikit. Sama mcm kwn ai. Surirumah je. Walaupun niaga kecil-an, suami ni asal chinese guide dia buka company ent dan buka acc company.
Bila dh cantik bank statement tu, dia minta grant mara. Senang dapat.
Quote uori 30-5-2022 11:32 PM
kenapa pulak nak cakap  tak malu atau segan, sebab kalau retis yang derajat hebat nih kalau meniaga patut malu ke apa?
Quote doubleA 31-5-2022 04:22 AM
Ni baru betul bisnes bukan produk timbang kilo. Bukan senang meniaga makanan penat gak
Quote Mary_jane 31-5-2022 06:40 AM
Ingatkan diorang dah ada baby.
Quote Denco 31-5-2022 07:46 AM
lagi malu klu yg jenis meratb xde income tp kudrat ada lagi
Quote sleepandream 31-5-2022 01:08 PM
dia dulu geng2 akim,black byk jugak kan job dkt tv3 mentor apa semua...
byk je duit heols ni tp sbb bini cainis maybe tak byk membazir for show off

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.077144 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top