Oleh Adib Za Bila usia menjengah ke angka 30, uban pun mulalah hadir di celahan rambut anda.
Ada juga yang disebabkan oleh masalah genetik dan kekurangan vitamin B12.
Risau pula rasanya kerana iyalah, mana tahu dikatakan 'saham turun' dan nampak tak trendy seperti lelaki lain.
Jangan cepat berasa gusar! Sebenarnya lelaki beruban adalah lelaki yang lebih 'hot'? Tidak percaya?
(sumber foto: pinterest)
1. Anda kelihatan lebih seksi dan unik di kalangan lelaki muda yang lain dengan rambut beruban!
2. Kini lelaki beruban menjadi pilihan untuk menggayakan pakaian berjenama. Pendeknya, model beruban lebih 'hot'.
3. Lelaki beruban dikatakan lebih berpelajaran tinggi dan berpoket tebal.
(Sumber foto: fashioncentral)
4. Ia merupakan gaya yang sedang "in" di mana ramai lelaki yang mewarnakan rambut dengan warna silver kerana rambut putih itu dikatakan lebih menarik perhatian.
5. Lelaki beruban lebih matang, berani dan maskulin kerana mampu tampil dengan imej rambut yang berbeza daripada lelaki lain.
Apa kata anda tentang lelaki beruban? - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|