CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berakhirnya Era Telefon Berbayar Selepas Pondok Telefon Awam Terakhir Dialihkan

30-5-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2286| Komen: 13

Satu majlis diadakan baru-baru ini untuk mengalihkan pondok telefon awam terakhir yang masih berfungsi di bandar raya New York.

UPI melaporkan, telefon berbayar itu dialihkan dengan kren dari kaki lima di 7th Avenue dan 50th Street di Midtown Manhattan dekat selatan Times Square, Amerika Syarikat (AS).


Kredit foto: UPI

Kerja itu menandakan berakhirnya era telefon berbayar.

Seorang jurucakap memaklumkan walaupun ia telefon awam terakhir di bandar itu tetapi masih terdapat kemudahan sama milik persendirian.


Bandar ini mula mengalih keluar telefon berbayar pada 2015 kerana ia menjadi usang dan menggantikannya dengan kawasan awam dengan Wi-Fi.

Sejak itu, bandar itu mengalih keluar ribuan telefon berbayar di semua lima daerah perbandaran.

Menurut laman web rasmi bandar, terdapat lebih daripada 6,000 telefon berbayar awam yang aktif di kaki lima bandar berkenaan, pada 2014.


Kredit foto: UPI

Kerja mengalih keluar semua telefon itu asalnya dijadualkan menjelang 2020, tetapi prosesnya mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Pegawai bandar berkata di laman web bahawa telefon awam yang menyediakan akses percuma kepada perkhidmatan bandar bukan kecemasan 911 dan 311 itu, masih digunakan untuk panggilan biasa dan panggilan jarak jauh, tetapi penggunaannya berkurangan.

Menurut Pejabat Teknologi dan Inovasi Bandar, kini terdapat ribuan kiosk tanpa wayar yang dikendalikan oleh LinkNYC merentasi lima wilayah.


Kredit foto: UPI

Pegawai LinkNYC berkata akan ada fungsi 5G ditambahkan pada kiosk musim panas ini yang turut menyediakan direktori perkhidmatan sosial, pengecasan peranti, panggilan domestik percuma dan amaran transit dan cuaca.

"Kami meraikan penghujung era telefon berbayar tetapi mengharapkan permulaan baharu," kata ketua pegawai teknologi bandar itu, Matthew Fraser, lapor 1010WINS.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 30-5-2022 01:53 PM
ring ring card sangat meols pernah guna yang ala2 bila kita angkat gagang, pastu operator jawab nak call ke mana, nanti orang tu yang kena bayarkan call kita.
Quote sharlenetexas 30-5-2022 02:03 PM
hyie replied at 30-5-2022 01:53 PM
ring ring card sangat  meols pernah guna yang ala2 bila kita angkat gagang, pastu operator jawa ...

Reverse charge tu kan? Mahal gak kan?


Quote kucingitam 30-5-2022 02:30 PM
while in malaysia...pondok je yang tinggal...sapa pun tak peduli nak mengalihkan...semak mata.
Quote She-Ra 30-5-2022 02:37 PM
banyak jasa telefon gini di zaman remaja terkinja
ada cara nak dpt gayut lebih jam dgn bermodalkan seposen dua je

zaman belajar pulak, kena cop tulis nama sesiap kt dinding sebelah tiang telefon tu
pd yg dh cop sila dtg awal ikut jam yg dicop tu.. kang serabut dgr ring ring nak kena cari dan jerit nama korg pulak
Quote BeskotCekelat 30-5-2022 02:56 PM
hyie replied at 30-5-2022 01:53 PM
ring ring card sangat  meols pernah guna yang ala2 bila kita angkat gagang, pastu operator jawa ...

Reversed charge. Kalau kat asrama 20 tahun lepas dia panggil Tele-Siswa, taktau la ada lagi dak...
Quote hyie 30-5-2022 03:22 PM
sharlenetexas replied at 30-5-2022 02:03 PM
Reverse charge tu kan? Mahal gak kan?

yes. Meols pon dah tak ingat rate dia berapa, tapi untuk zaman tu kira mahal jugak lah.
Quote ezacbee 30-5-2022 03:24 PM
Kenangan. Nak bergayut siap bawak kerusi plastik.
Quote faraway1 30-5-2022 06:23 PM
Semalam jumpa pondok tepon camni, cam jakun nya, lama sangat tak nampak...
Quote Samerosie 30-5-2022 06:29 PM
Punya cantik lagi booth and phone pun elok lagi tak kena vandalise.  Mengamit kenangan chop guna phone kat hostel chop pakai sipar.  Kalau yg lama tepon bf kena huggang booth tu.
Quote syamzana 30-5-2022 06:35 PM
hyie replied at 30-5-2022 03:22 PM
yes. Meols pon dah tak ingat rate dia berapa, tapi untuk zaman tu kira mahal jugak lah.

sangat mahal utk kite jaman 90an dulu la
iols selalu guna call mak guna reverse charge ni kat hostel. pastu bila terkena arwah ayah iols cuti kerja dpt bil phone bising2 dia. sbb chargenya double, kalau biasa 30sen akan jd 60sen. pastu call mak plak sedu sedan meneleh airmata airlior saje 10min blom lg inform itu ini

ms kat uni plak tgk senior2 bergayut berbelit2 dipintalnya cable ganggang tu lamanya bercakap. rupanya curi line
patut la sakan call bf/gf masing2
Quote ninja9 30-5-2022 06:45 PM
masa belajar dulu pernah dapat code 4 no untuk call. Pakailah lama mana pun tp aku tak lah lama2 sebab biasanya ramai orang tunggu. lepas tu bila nombor tu dah tak boleh pakai, ada pulak cara pakai jarum tapi tak ingat dah cara dia.. lepas tu bila cara tu dah tak boleh pakai ada lagi cara lain.. betul bila desperate orang akan tak berputus asa untuk hack
Quote gekkou 30-5-2022 09:17 PM
hyie replied at 30-5-2022 01:53 PM
ring ring card sangat  meols pernah guna yang ala2 bila kita angkat gagang, pastu operator jawa ...

oit mahal ni
selalu jadi mangsa ayah la kena bayar
call kampung guna reverse charge
bertuah punya anak
Quote hashashes 30-5-2022 10:07 PM
Hari tu lalu tepi pondok telepon (yang tepon nya dah takde) anak aku tanya tu apa mommy?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.045796 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top