CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul 4 Pagi Kena Beratur Nak Dapat Nombor Giliran, Ramai Kritik Servis Jabatan Imigresen

30-5-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4658| Komen: 69

PETALING JAYA – Isu beratur panjang dan mutu perkhidmatan yang kurang baik oleh Jabatan Imigresen (JIM) terus menjadi topik ‘hangat’ dalam kalangan orang ramai di media sosial.


Rata-ratanya meluahkan kekecewaan apabila tiada penambahbaikan yang diambil berhubung jabatan terbabit selepas mengambil maklum mengenai masalah tersebut.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform laman sosial mendapati sebahagian besar orang ramai masih berhadapan isu yang sama ketika ingin memohon, memperbaharui dan mengambil pasport.

Foto: Twitter

Lebih mengejutkan, terdapat juga individu yang mendakwa mereka terpaksa beratur seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan nombor giliran, namun lokasi pejabat tidak dapat dikenal pasti.


“Kawan saya beratur untuk ambil pasport pada pukul 4 pagi, semalam. Mereka juga bukan orang yang pertama sampai di situ. Perkhidmatan awam tidak sepatutnya jadi seperti ini. Kita tak bayar cukai untuk dilayan sebegini,” kata Numan menerusi laman Twitter.

“Aku masih rasa bengang dengan sistem imigresen ni. Hari tu nak ambil pasport kat Jalan Duta, pukul 4.30 petang dia bagitahu nombor habis. Lepas kena asak baru dapat. Jadinya beratur tiga jam dan proses satu jam,” luah Amir di laman Facebook.

Sementara itu, terdapat juga individu yang menyarankan agar membuat pengambilan pasport di lokasi yang kurang sibuk bagi mengelak berhadapan proses yang lebih lama.

“Saya baru perbaharui pasport dan ‘collection point’ di JIM Cameron Highlands. Hari tu datang ambil tekan nombor, sahkan cap jari dan siap kurang 10 minit.

“Cuba kawan pilih tempat ambil yang kurang sibuk tetapi masih berdekatan. Walaupun dua jam dari rumah pun masih berbaloi daripada beratur sampai petang,” ujar finisera. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 30-5-2022 12:50 PM
nothing new, sis. Gitulah tahap servis gomen pun khuenz. Kiupeks mana? tak bersuara kah? bab gaji cepat je ngko kan.
Quote Samerosie 30-5-2022 01:01 PM
Imigresen kat PKNS Shah Alam pun sama teruk.  Dah buat appointment tapi kena sampai sana kena queue ambil number juga, wtf.  Last2 satu hari baru siap.
Quote Normabaru 30-5-2022 01:25 PM
Kena suap duitlaaa br laju..else otak dorg xbw ke pejabat..ko ckp la mcmne pun..dorg xpedulik.sakit hati gilaaaa
Quote Samerosie 30-5-2022 01:41 PM
Itu belum lagi, lunch hour kul 1pm tapi dah keluar kul 12:30 tutup counter and balik 2:30 wei panjang naw lunch time kome.  Meanwhile orang yg menunggu kena tahan lapar dan dahaga takut termiss giliran.
Quote Adrif 30-5-2022 01:48 PM
entah. ikut tempat kut. haritu aku buat laju je. tak sampai sejam pun. tak perasan masa. entah2, 30 minit je
Quote merrissa 30-5-2022 01:51 PM
Samerosie replied at 30-5-2022 01:41 PM
Itu belum lagi, lunch hour kul 1pm tapi dah keluar kul 12:30 tutup counter and balik 2:30 wei panjan ...

ptt bukak la waktu lunch juga...nt yg jg time lunch p la lunch kemudian

ohhhh lupa plak deme kan kene amik anak sekolah bagai...mana leh kacau...lantak kome lapar dahaga
Quote gekkou 30-5-2022 09:25 PM
kenapa nk pick up pun kena amik nombor?
bagi je la appointment time and number masa renew online tu
Quote uda 30-5-2022 09:57 PM
Adrif replied at 30-5-2022 01:48 PM
entah. ikut tempat kut. haritu aku buat laju je. tak sampai sejam pun. tak perasan masa. entah2, 30  ...

Boleh share kat mana tu?
Tq
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:31 AM
Samerosie replied at 30-5-2022 01:01 PM
Imigresen kat PKNS Shah Alam pun sama teruk.  Dah buat appointment tapi kena sampai sana kena queue  ...

Waktu pejabat 8.30 to 5.30 ...contoh...pemohon say in  tens of thousands...due to be collecting their passports on the same day......now tell me......you divide by the number of working hours.....

Kalau aku cakap bodoh macam biskut marie kerna tak boleh nak pikir kenapa masih perlu ambil queue number...ko marah tak?
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:34 AM
Normabaru replied at 30-5-2022 01:25 PM
Kena suap duitlaaa br laju..else otak dorg xbw ke pejabat..ko ckp la mcmne pun..dorg xpedulik.sakit  ...

Ko ingat otak macam ko aja yg tau nak bagi suap?...kalau semua pun takda masalah setakat tolak dua kain pelikat chop gajah sujud...tak end up semua masih kena tunggu?


Kang aku cakap lembab otak ibni babdab...ko ngadu dgn @Bellaaaa pulop...

Kahkahkahkahkahkah

Quote stingerumble5 31-5-2022 06:37 AM
Samerosie replied at 30-5-2022 01:41 PM
Itu belum lagi, lunch hour kul 1pm tapi dah keluar kul 12:30 tutup counter and balik 2:30 wei panjan ...

You cannot be oblivious all these years can you?

Macam baru hidup semalam pulak ko ni dlm negara kutercinta ini
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:40 AM
[youtube]QQDN1lUBRqA[/youtube]

Korang ghaser?
Quote kitmal 31-5-2022 06:43 AM
Urusan di kaunter kerajaan adalah pengalaman yang sentiasa cemas..............takut terkena jenis kerja sambil lewa dan perangai sloth....ada piagam pelanggan ..setakat hias dinding...
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:45 AM
[youtube]Bay0ctTDZe0[/youtube]
Credit:Youtube

...First World Country ,she truly deserves
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:50 AM
[youtube]DR5Y-bNqGCQ[/youtube]
Credit:Youtube...

Just answer me 1 question....Mana semua pi bijak pandai kita?

Quote stingerumble5 31-5-2022 06:54 AM
Negara kapir itewwww...

Sefangkhen Kita masih sibuk sekodeng rakyat berkhalwat....dan debat perdana...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Quote stingerumble5 31-5-2022 06:59 AM
"Kami komitted utk berikheun mutu perkhidmatan yg terbaik tapi pada masa yg sama kami juga memerlukheun persekitaran pekerjaan yg selamat"

Korang ghaser?

Kalau tak sabar jugak,boleh pi berenang...sungai klang panjang dan lebar...

Kahkahkahkahkahkah
Quote lostnfaun 31-5-2022 08:21 AM
Sebenarnya kenapa mcm tiba² suma imigresen sesak yer? Sebab border dah buka ke?
Quote stingerumble5 31-5-2022 08:48 AM
lostnfaun replied at 31-5-2022 08:21 AM
Sebenarnya kenapa mcm tiba² suma imigresen sesak yer? Sebab border dah buka ke?

A no brainer question

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.086228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top