CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Moga Kita Sama-sama Istiqamah," – Sertai Majlis Ilmu, Hubungan Akrab Erra Fazira dan Lisa Surihani Dipuji Ramai

30-5-2022 09:45 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 13829| Komen: 95|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Erra Fazira


Dengar sahaja gelaran primadona Malaysia, pasti ramai yang tahu milik siapakah gelaran itu. Siapa lagi kalau bukan  pelakon dan penyanyi Erra Fazira. Seperti yang kita semua tahu, Erra sangat terkenal dengan wajah cantiknya. 

Erra mula bergiat aktif dalam industri seni sebagai seorang model dan pernah bergelar juara dalam Miss Malaysia-World 1992. Memang tidak dinafikan lagi kecantikkannya. 

Sumber: Instagram Erra Fazira

Beberapa tahun lalu, Erra telah membuat keputusan untuk menukar penampilannya dan memakai hijab. Penghijrahan Erra ternyata disambut baik oleh peminat dan netizen. Sehingga kini Erra mengekalkan imej bertudungnya. Alhamdulillah. 


Baru-baru ini, Erra telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut, kelihatan Erra menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan artis. Erra juga telah menzahirkan rasa syukurnya kepada Tuhan apabila dia dapat menghadiri majlis ilmu. 

Menerusi ruangan kapsyen, Erra berharap semoga ilmu yang dipelajari pada hari itu menjadi asbab kepada dia dan rakan-rakan artis terus istiqamah untuk mencari syurga.

Sumber: Instagram Erra Fazira

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah keakraban Erra bersama pelakon dan pengacara Lisa Surihani. Mereka berdua kelihatan begitu rapat seperti adik-beradik. Untuk pengetahuan semua, Lisa juga telah meninggalkan komen di posting Erra. 

Sumber: Instagram Erra Fazira

"Nice to see you semalam kak. Moga hati kita diteguhkan supaya sentiasa cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah di jalan yang diredhaiNya" 

Alhamdulillah, penulis tumpang bahagia melihat hubungan kedua-dua orang selebriti ini. Semoga mereka berdua sentiasa dirahmati Tuhan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 30-5-2022 09:49 AM
moga istiqomah.. amin.
Quote dejure 30-5-2022 09:50 AM
Bergetar tulang rusuk pak ustaz tgk artis2 ni semua..
Quote vanillaninja 30-5-2022 10:39 AM
Cantiknya Erra.
Quote TabletSusu 30-5-2022 11:19 AM
lisa gi sendiri je ke..? Yusri x ikut..?
Quote NazRysha 30-5-2022 11:21 AM
linda rafar tu ada satu majlis kat rumah dia, dia jemput ustaz wadi
mcm gedix jer wei dia dgn ustaz
Quote petpot 30-5-2022 11:30 AM
erra & lisa tak pernah ada mslh pun before. so takde istilah tak bertegor ker apa.
plus erra dgn her ex ex pun takde mslh. aman2.
Quote cm_vungtau 30-5-2022 11:52 AM
Dengan ex laki pun nak berkawan. Toksah ler, walaupun demi content.
Quote sukacactus 30-5-2022 12:01 PM
Erra mmg jenis ok je dgn semua ex dia kan
Jenis putus, terus move on
Masa ex dia nikah dgn LS pun dia gurau2 wish bagai
Quote jiwakacau06 30-5-2022 12:03 PM
bkn ada caras mencaras pn ef dgn ls...i nk tggu gmbr dgn umie aida yg latest ...haha...g umrah pn dgn niyang rapik ja...
Quote missyL 30-5-2022 12:06 PM
Iols lupe yg yusri tu ex laki erra hahahaha

Ptt la jadi gosip hahah
Ok je baik2 kawan2 kan
Xde nye erra nk lg kt yusri. Yusri pn xnk gak haha
Quote missyL 30-5-2022 12:07 PM
NazRysha replied at 30-5-2022 11:21 AM
linda rafar tu ada satu majlis kat rumah dia, dia jemput ustaz wadi
mcm gedix jer wei dia dgn ustaz
...

Gedik cmne tu
Uztaz pn melayan ke
Quote caprut 30-5-2022 12:17 PM
Baik jd mcm siti nana. Prgi majlis agama relax2 je. Ni geng dorg mcm nk tayang siapa paling zuhud je
Quote nura19 30-5-2022 12:19 PM
Cantik erra.. suka tgk die..
Quote ezacbee 30-5-2022 12:22 PM
NazRysha replied at 30-5-2022 11:21 AM
linda rafar tu ada satu majlis kat rumah dia, dia jemput ustaz wadi
mcm gedix jer wei dia dgn ustaz
...

Dia tu dari dulu memang gedik.
Quote KucingBiru 30-5-2022 12:25 PM
Takut bila tengok artist artist dan para ugamawan saling bantu membantu demi menaikkan nama dan content masing masing.

Kalau dulu artist yg berhijrah, keep it low utk jaga niat dan penghijrahan masing masing. Now  macam jadi business
Quote Nnasda53 30-5-2022 01:21 PM
Moga istiqomah je la.
Quote milafida 30-5-2022 01:24 PM
NazRysha replied at 30-5-2022 11:21 AM
linda rafar tu ada satu majlis kat rumah dia, dia jemput ustaz wadi
mcm gedix jer wei dia dgn ustaz
...

Ramai gak selebriti uwa follow kat ig lina rafar dia tak follow plk. Fazura pun dia follow siap like quote fazura
Quote Mary_jane 30-5-2022 01:27 PM
Datin LS siap take notes kan masa dengar ceramah Ustaz ni. Teringat zaman U, beramai2 naik bas pergi dengar ceramah, wajib plak tu. Then jotdown lah segala benda panel tu cakap. Memang kejar ilmu lah katakan masa tu.
Quote zeetot 30-5-2022 01:28 PM
Bukan lisa perampas pun utk mereka bermusuh.

Netizen ni senang amazed. Lol

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088582 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top