Sebut sahaja nama anak sulung penyanyi legenda negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti semua mengenali Siti Aafiyah.
Seperti yang kita semua tahu, sejak kecil lagi permata hati sulung Siti ini sentiasa menjadi perhatian netizen ditambah pula dengan telatah dan gelagatnya yang sering membuatkan ramai peminat terhibur.
Baru-baru ini, Siti berkongsikan beberapa keping foto terbaru Aafiyah di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, kelihatan Aafiyah begitu comel memakai baju gaun bersulam bunga.
Menerusi ruangan kapsyen, Siti sempat berseloroh dengan mengatakan "Amboi, tiru posing ibu nampak!". Menurut peminat, wajah Aafiyah nampak semakin serupa dengan ibunya ini semenjak dia semakin besar. Senyuman manis Aafiyah juga kelihatan seperti Siti.
Posing yang ditunjukkan Aaifyah membuatkan peminat teringat zaman ketika Siti masih muda. Bak kata pepatah, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, sudah jelas Aafiyah mewarisi kecantikan ibunya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat yang mengatakan wajah dan gaya Aafiyah kelihatan seperti Siti sekitar 1997 dahulu. - CARI