Nourul Depp dalam hantaran di Instagram meluahkan kemarahannya berhubung kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Sabtu lalu
Dalam hantaran itu, Nourul berkongsi tangkap layar komen individu dipercayai ibu seorang daripada lapan mangsa yang dipukul beramai-ramai oleh pelajar senior. Dakwa individu dikenali sebagai Yatie Zelani itu, pihak MRSM berpesan kepada pelajar dibuli terbabit supaya menutup mulut dan menceritakannya kepada ibu bapa masing-masing. "Yang kesal, selepas empat hati baru kami (ibu bapa) tahu. Itupun selepas anak orang lain yang mengadu kepada ibu bapanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan," tulisnya. Bagi Nourul, kes buli kali ini sudah melampau. Pesannya, ibu bapa memainkan peranan besar. "Anak-anak kaki buli sebab tidak bahagia di rumah. Anda perlu bertindak. Jika tidak, anak orang lain jadi mangsa. "Apa punya mengarut MRSM suruh simpan rahsia. Siapa pengetua di sana? Bangang tahap apa ni?" marahnya kesal. Semoga pihak sekolah tidak lagi berdiam diri terhadap kes buli selepas ini. - CARI
|
Adrif replied at 27-5-2022 08:49 PM
kami sekolah harian biasa dulu pun sama jugak
kena buli, kena ugut, kena pukul, sabotaj,
ADVERTISEMENT