Selepas Awal Ashaari disindir Zarina Anjoulie kerana mengkritik kawan baiknya, Nurul Hafidzah Hassan, peguam itu tampil mendedahkan sikap aktres yang lebih popular dengan panggilan Anju itu.
Katanya, Anju seorang yang sangat berbudi bahasa, penuh kasih sayang dan sangat mengambil berat. "Anju tak pernah mengambil kesempatan. Dia sentiasa menjadi orang yang berkorban untuk orang lain. "Dia sentiasa percaya orang dan cepat kasihan. Saya selalu rasa sedih sebab Anju akan berakhir dengan kekecewaan bila ramai yang mengambil kesempatan dalam kebaikannya.
"Dia ingat semua orang ikhlas dan baik macam dia." Selain itu, Hafidzah juga menceritakan perwatakan Anju yang peramah, berterus-terang dan gila-gila, berbeza dengan dirinya yang lebih pendiam. Malah, katanya Anju seorang yang sangat setia kawan dan mengutamakan keluarga lebih daripada dirinya sendiri. "Saya sayang Anju. Terima kasih Allah SWT. bagi saya mengenali insan bernama Anju," ujarnya. Baik betul Anju di mata Hafidzah. Bagaimana kalau suatu hari nanti berlaku salah faham? Mungkinkah tercetus perang persahabatan seperti yang terjadi dengan Fatthia Latiff suatu ketika lalu? - CARI
|
Mademoisellee replied at 28-5-2022 02:52 PM
Teringat waktu Anju kawan baik dgn FM. Macam ni juga berlovey dovey bagai, sampai I terdetik "acah, ...
ADVERTISEMENT