CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Tak Mengaku Terima Suapan RM16,000 Untuk Tutup Kes

27-5-2022 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 772| Komen: 0

Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM16,000.


Azrol Khalil, 37, didakwa secara rasuah menerima wang itu daripada seorang lelaki berusia 50 tahun sebagai dorongan untuknya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menutup kes jenayah komersial terhadap individu yang sedang disiasat bahagian itu.


Gambar hiasan

Azrol yang kini bertugas di bahagian pentadbiran didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman Prima, Batu Caves, Gombak pada 7 Feb lepas. 


Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 

Azrol juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu  sebagai penjawat awam dia didakwa menerima suatu barang berharga atau wang tunai sama (RM16,000) pada tarikh dan lokasi sama.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. 

Timbalan Pendakwa Raya Noryusriza Zulkifli menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh diminta melaporkan diri ke pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. 

Peguam yang mewakili tertuduh, P.G Cyril memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan tertuduh kini menanggung isteri serta tiga anak tiri yang tinggal di kuarters kakitangan awam sebuah hospital di Selangor. 

Hakim Rozilah Salleh membenarkan Azrol diikat jamin RM8,000 dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Selangor pada setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Jun ini. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077171 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top