CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Didesak Mengaku Lamborghi Kereta Sewa- Dipertikai Pakai Kereta Mahal, "Kenapa Tak Beli Rumah?"

27-5-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7879| Komen: 45

"Apa untungnya saya tipu. Dah kereta beli, takkan nak kata sewa pula."

Itu kata pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, 34, berhubung dakwaan netizen kereta Lamborghini Aventador miliknya itu adalah disewa.


Aeril berkata, bukan saja komen, tapi dia turut mendapat kiriman mesej di Instagram (DM) yang mendesaknya untuk mengaku itu adalah kereta sewa.

Foto: IG

"Apabila saya cakap kereta ini tak nak pakai lama dan nak jual, orang cakap saya pakai kereta sewa. Malah ada beriya-iya DM suruh saya mengaku ia kereta sewa. Untuk apa?

"Saya biarkan saja apa orang nak cakap. Kadang-kadang lucu juga dengan kerenah netizen yang semua perkara nak kena ikut cakap mereka dan seolah-olah mereka saja betul.

"Ada juga yang pertikai kenapa saya beli kereta mahal, kenapa tak beli rumah saja. Tak tahu nak cakap apa lagi. Apa pun, ini semua rezeki Allah dan bersyukur dengan setiap nikmat pemberian-Nya," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Aeril, dia 'enjoy' menggunakan kereta itu walaupun pada awalnya perlu menyesuaikan diri yang dianggap berbeza dengan kereta lain.

"Kereta ini dah hampir sebulan. Cuma, seminggu awal saja nak sesuaikan diri sebab ia tak sama seperti kereta biasa. Cara tekan minyak pun tak boleh sembarangan.




"Alhamdulillah, setakat hari ini pandu kereta ini semuanya okay. Saya dah bawa sampai ke Johor masa pergi beraya hari tu. Sekarang ini dah puas naik, kita hiburkan pula kawan-kawan. Kalau nak jual pun, mungkin dua tahun lebih lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 27-5-2022 03:41 PM
kasi tunjuk la geran keta yang dah tukar nama tu.. senang
Quote bazlina 27-5-2022 04:01 PM
Mooverine replied at 27-5-2022 03:41 PM
kasi tunjuk la geran keta yang dah tukar nama tu.. senang

betoi betoi betoi
Quote bankerpencen 27-5-2022 04:06 PM
Mooverine replied at 27-5-2022 03:41 PM
kasi tunjuk la geran keta yang dah tukar nama tu.. senang

Benda simple pun kan susah sangat nak buat tu ada la sebabnya
Quote tompie 27-5-2022 04:20 PM
benda boleh sewa buat apa nak beli..
Kan haritu dah viral pasal beli vs sewa vellfire..
Dia dah cakap kalau nak jual 2 tahun lebih lagi.. tengok aje ahh..
Quote prettyuglybabe 27-5-2022 04:39 PM
dia takde rumah lagi ke?
Quote kamexkame 27-5-2022 05:03 PM
Acah2 betul family ni. Meluat
Quote ezacbee 27-5-2022 05:09 PM
Biar papa asal bergaya

Lain kali ko tunjuk semua geran yg ada, barulah netizen percaya ko memang kaya. Klo takat cakap guna air liur je dah samalah cam sifu miki mouse. Kaki sembang.
Quote Parit.Hilton 27-5-2022 05:15 PM
kalau betul sewa pun takkan   la heols nak mengaku
malu la dengan geng ponder2 lain

kalau betul2 beli, confirm dah tunjuk bukti
ni ada tunjuk ke? takde kan? maknanya memang sewa la
Quote Normabaru 27-5-2022 05:28 PM
Kita bakor kita bakorrrr
Quote whimsicalmusic 27-5-2022 06:10 PM
Iolls ade sumber ckp die mmg beli..tp die yg beli ya, bkn bini die..lantas xde nya surprise2 tu..membongak je
Quote winky1 27-5-2022 06:13 PM
prettyuglybabe replied at 27-5-2022 04:39 PM
dia takde rumah lagi ke?

Takkan lah takde ...
Quote Nham22 27-5-2022 06:28 PM
whimsicalmusic replied at 27-5-2022 06:10 PM
Iolls ade sumber ckp die mmg beli..tp die yg beli ya, bkn bini die..lantas xde nya surprise2 tu..mem ...

2nd speku gitula.. Sendirik beli claimes isteri belikan... Same mcm penyanyi terpaling.. Haha
Quote faraway1 27-5-2022 08:16 PM
Keta camni bukan jenis keta pakai harian.. Special day aje kot...

Insurance mesti tinggi tu semua..

Tapi kalau mampu Bekereta camni apa salahnya.. Sewa pun still kena bayar bukan free
Quote AbukRokok 28-5-2022 12:02 PM
aku pelik soltan2 dah beli lamboghini siap simpan kat rumah nati jd rare item lagi mahal
xde kalut pakai sebulan jual
beli baru pakai sebulan jual
Quote doubleharmonic 28-5-2022 01:25 PM
"Apa untungnya saya tipu. Dah kereta beli, takkan nak kata sewa pula."


dah amnesia ke ko ni hah sunoreen? dulu ko tipu kata belum kahwin tapi diam2 dah bernikoh tu ko dapat untung apa?
Quote kaseh80 28-5-2022 01:28 PM
Rumah yg duduk skrg sewa je ke?
Quote sharlenetexas 28-5-2022 01:32 PM
Bukan ke ada kilang? Ke retis mana yg ada kilang?

Quote dino 28-5-2022 03:15 PM
faraway1 replied at 27-5-2022 08:16 PM
Keta camni bukan jenis keta pakai harian.. Special day aje kot...

Insurance mesti tinggi tu semua.. ...

tak slh pun nak beli klaubdah berduit n mampu
yg jd mslh dok tunjuk.. pastu jd bhn netizen gelabah plak.. org kaya sbnr takde pun bak tunjuk pun..

ni thp kaya fake ni tyg duit baling duit… terlalu lo class yg so call jumpa.. acah2 inspired people sgt..

kejayaan tu bkn letak pd kereta pd brg mewah.. nak impress org lain

mcm brg2 branded bkn target pd org2 kaya bilionaire tu.. tp target manusia2 yg berasa diri kaya haha
Quote dino 28-5-2022 03:15 PM
AbukRokok replied at 28-5-2022 12:02 PM
aku pelik soltan2 dah beli lamboghini siap simpan kat rumah nati jd rare item lagi mahal
xde kalut p ...

dah mmg sewa pun haha

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.110093 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top