Filem Tiga Janda Melawan Dunia menjadi bualan dan menerima kritikan ramai gara-gara tajuknya yang didakwa kurang bersesuaian.
Banyak kontrovesi berlaku termasuk perkataan janda itu dikatakan tidak manis didengar selain penulis skrip bersama tidak dijemput ke Malam Tayangan Perdana. Baru-baru ini tular pula sekeping gambar aktor Norman Hakim sedang menayang tubuh badan sasanya di hadapan tiga orang pelakon wanita iaitu Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura. Di Twitter, seorang pengguna @zhafvlog yang juga seorang vlogger terkenal dalam membuat review filem menyoal akan perasaan orang ramai, seandainya watak yang dimainkan oleh aktor itu digantikan dengan pelakon wanita.
Menurutnya pasti memalukan kerana terpaksa melakonkan babak ‘separuh bogel’, bukan sahaja di hadapan barisan pelakon wanita malah ramai orang menonton aksi tersebut. Susulan itu pelbagai reaksi telah diterima di kalangan warganet dan kebanyakan daripada mereka mengkritik babak menayang badan dalam filem berkenaan.
|
dekmieDandy replied at 27-5-2022 03:22 PM
haha si zhaf tu actually saja tweet benda ni
macam nak dapat 'cheap' attention, so at the same time ...
ADVERTISEMENT