Tular di media sosial baru-baru ini di mana tweet milik salah seorang pengguna media sosial menjadi tumpuan dan perbincangan hangat dikalangan warganet di laman Twitter.
Pandangan yang dikongsikan oleh pemilik tweet berkenaan menarik perhatian orang ramai, apatah lagi isu yang disuarakan adalah mengenai permintaan bekerja dari rumah. Pemilik ciapan tersebut menyatakan agar majikan dapat memberi kelonggaran dan pilihan kepada para pekerja untuk bekerja dari rumah. Isu ini timbul apabila pemilik akaun media sosial berkenaan, berkongsi kos perbelanjaan yang keluar untuk sebulan apabila bergerak dari tempat tinggal untuk ke tempat kerja terlalu tinggi sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya.
“Buang masa dan duit: kesihatan mental dan fizikal terjejas. Kembalikan semula bekerja dari rumah (WFH) untuk kami majoritinya tolonglah! Apa pun, sekatan pergerakan pandemik Covid telah mengajar kita yang bekerja dari rumah adalah tidak mustahil dan bermanfaat untuk pekerja. Jadikan bekerja dari rumah sebuah pilihan lah untuk semua yang sesuai. Siapa nak bekerja dari rumah, silakan. Siapa nak masuk pejabat, silakan. Siapa nak hybrid, silakan. Cuma jadikan ia sebagai pilihan.” Ciapan pengguna media sosial tersebut yang menerima 4 ribu retweet itu mendapat perhatian ramai. Malah menerima pelbagai respon dari pengguna Twitter dan ada juga yang memberi cadangan serta pandangan kepada pemilik tweet berkenaan masalah yang dihadapi. “Bekerja dari rumah patut dijadikan sebagai pilihan. RIngkas, ianya situasi menang-menang untuk keduanya baik di jalan raya dan di rumah.” “Setuju. Pagi ni dari Selayang ke Kuala Lumpur. 10 kilometer ambil masa hampir 50 minit. Gil*” “Benar, beza betul kesihatan mental bekerja dari rumah dengan masuk pejabat.” Ciap netizen “Ni cuma cadangan, untuk ERL anda boleh bayar menerusi aplikasi di mana lebih murah untuk kegunaan harian.” “Sama ada pindah kerja atau pindah rumah je lah kak..” “Minta syarikat anda elaun tambang balik.” Bekerja dari rumah memang banyak manfaatnya, tapi timbul pula isu prestasi pekerja kurang memuaskan. Apa pandangan anda tentang isu ini? -CARI Sumber: Murai.my
|
Nnoor2 replied at 27-5-2022 02:42 PM
Dasar x sedar diri..ko ingat tu kompeni bapak ko...kerja nk rilek je dari rumah tanpa org pantau...p ...
wirazam replied at 27-5-2022 02:52 PM
Setuju.......
Nnoor2 replied at 27-5-2022 02:42 PM
Dasar x sedar diri..ko ingat tu kompeni bapak ko...kerja nk rilek je dari rumah tanpa org pantau...p ...
cmf_premierleag replied at 27-5-2022 11:40 PM
Plg lawak kalo kene dtg opis,tapi attend meeting online walau semua satu opis,cuma lain2 floor/depar ...
ADVERTISEMENT