Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mencari inisiatif bersesuaian bagi mengurangkan beban kos sara hidup pelajar dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menuntut di luar negara.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana ia melibatkan soal kebajikan dan jumlah pelajar yang ramai. “Jadi pihak MARA sendiri dah ada inisiatif untuk nak lihat berapa sebenarnya amaun yang patut ditambah. Pihak kementerian dan saya sendiri akan berjumpa dengan pelajar-pelajar di United Kingdom tidak lama lagi untuk kita berdialog, nak tanya macam mana sekarang sebabnya kos sara hidup merata tempat di seluruh dunia naik termasuk United Kingdom,” kata Mahdzir.
Tambahnya, hasil sesi libat urus itu nanti akan dirumuskan di peringkat agensi dan kementerian sebelum dibawa untuk perhatian Perdana Menteri. Beliau sebelum ini memaklumkan, satu penelitian semula kadar elaun pelajar luar negara dibawah tajaan MARA akan dibuat susulan kenaikan kos sara hidup pelajar khususnya di United Kingdom dan Ireland. Sumber: Suara Merdeka
|
addamnor replied at 27-5-2022 02:51 PM
2015-2107 kat india Mara bayar studentnya usd 500 sebulan. Mewah nak mampos, sudahnya budak naik lem ...
venom1 replied at 27-5-2022 03:02 PM
betul ke? mewah betul tu?
addamnor replied at 27-5-2022 04:51 PM
2005-2007kat india Mara bayar studentnya usd 500 sebulan. Mewah nak mampos, sudahnya budak naik lema ...
najib888 replied at 30-5-2022 01:45 PM
tak payah nak pening2 tambah elaun.. panggil je depa balik mai sambung belajar dalam negara kalau ko ...
_blackbird replied at 29-5-2022 08:12 PM
ehhh kawan i dulu masa study kat ohio hidup mewah je, ada kereta second hand, bercuti dari new york ...
Dwdrum replied at 30-5-2022 02:43 PM
Ohio sis cuba dia di LA or NY...
_blackbird replied at 29-5-2022 11:07 PM
yelah ohio sewa rumah murah dari ny. kawan i dulu mampu sewa 3 bedroom single story duduk 2 org. d ...
Dwdrum replied at 30-5-2022 03:41 PM
Ada saja malaysians yang parent sponsored bukan T20 belajar di US but depa tidak pilih private uni ...
ADVERTISEMENT