Pernah berdepan ugutan tidak mematahkan semangat pengacara dan aktivis masyarakat, Iesya Toh daripada menyuarakan pandangan berhubung pelbagai isu demi kepentingan masyarakat, ekonomi dan kesejahteraan negara.
Iesya yang pernah bergelar hos Selamat Pagi Malaysia (SPM) dikenali mempunyai pengaruh kuat kepada masyarakat terutama menerusi Instagram dan Facebook. "Pengalaman membawa saya mendekatkan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk peringkat atasan iaitu menteri, digunakan sebaik mungkin bagi membantu orang lain.
"Diakui saya amat sensitif dan pantang tengok kesulitan orang. Tugasan sebagai hos SPM dulu banyak buka mata saya berkenaan situasi semasa terutama membabitkan insan lain," katanya. Keberanian dan kelantangan Iesya terserlah apabila turut menyentuh isu jenayah, salah guna kuasa dan sebagainya yang meraih perhatian menteri dan pihak berkaitan. "Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi ia lebih kepada penambahbaikan. Saya pernah diugut berkaitan beberapa isu panas seperti kes along dan penggubahan wang haram. "Apapun dalam keghairahan bersuara, saya tetap ambil langkah berjaga-jaga," katanya. Selain mengacara, Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh juga aktif menyanyi dan berlakon antaranya membintangi filem Tangkai Jering. Dalam ketegasan menyuarakan pelbagai isu, di hati kecilnya terselit perasaan simpati terhadap remaja terlanjur, ibu tunggal dan anak yatim sehingga dia mengumpul dana untuk membantu mereka. "Usaha ini dimulakan pada 2015 dan awalnya saya menggunakan duit simpanan selain meminta sumber kewangan daripada suami terutama untuk membayar kos melahirkan di hospital swasta untuk remaja terlanjur. "Bagaimanapun, selepas saya meninggalkan SPM dan kemudian berhijab, tawaran mengendalikan acara serta lakonan berkurangan. Namun fokus saya ketika itu terus kepada kerja amal. "Apabila sudah berkahwin, saya minta dana daripada suami. Kiranya suami pernah membiayai kos bersalin di hospital swasta untuk tiga bayi tanpa bapa," katanya. Bergerak tanpa dana secara konsisten sememangnya sukar. Dengan pertambahan anggota keluarga, Iesya memikirkan tidak selamanya boleh bergantung kepada wang suami untuk kerja amalnya. "Akhirnya terbit idea untuk saya keluarkan produk penjagaan kecantikan sendiri bermula dengan Memoonchak bagi menampung kegiatan kebajikan (CSR) yang dilakukan. "Apabila Memooncak dah sukses, saya keluarkan pula krim sapu pemecah lemak Magika Gel. Syukur...ia juga diterima baik. Pendapatan dari situ saya salurkan untuk CSR," katanya pada majlis penyerahan hadiah kepada juara pertandingan Move It Lose It yang juga pengguna Magika Gel, Nor Diana Abdul Karim, baru-baru ini. Sehingga kini, Iesya sudah membantu 23 remaja yang hamil luar nikah, dari sebelum bersalin hingga fasa berpantang jika tiada ahli keluarga terdekat atau tanpa penjaga. Dia yang mempunyai tiga cahaya mata kembali ke televisyen menerusi program Bijak Urus Wang terbitan RTM tidak lama lagi. Sumber: Harian Metro
|
mojarean_X replied at 27-5-2022 02:21 PM
So iesya toh betul ke Najib kahwin baru? Ko yg wat kecoh ari tu kan siap mengesahkan
ADVERTISEMENT