CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Ambil Upah Lipat Baju Dianiaya Kerja 5 Petang Sampai 1 Pagi Diupah RM30 Je! "Dahlah Pemalas, Kedekut Pula!"

27-5-2022 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4035| Komen: 40

Kesempitan hidup dan terdesak adakalanya membuka ruang untuk diri dianiaya dan diperguna pihak tidak bertanggungjawab.

Jika sebelum ini penipuan atau scammer sering berlaku di pihak penyedia perkhidmatan, namun kini perkara sebaliknya berlaku.

Lebih menyedihkan apabila pihak tidak bertanggungjawab ini didakwa menganiaya anak-anak golongan B40 yang ingin membantu ibu dan bapa mencari rezeki.


Gambar Hiasan

Menerusi perkongsian pengguna Facebook pada 24 Mei lalu, seorang remaja yang menawarkan servis melipat baju dan mengemas rumah di sekitar Ampang, Selangor dikatakan dianiaya individu tidak bertanggungjawab.


"Berkenaan adik yang ambil upah kemas rumah, lipat baju, gosok baju (selama) empat jam RM38 tu, kalau anda ambil servis dia tolonglah jangan ambil kesempatan pada dia.

"Patutnya kita tolong pada yang memerlukan," luah Dizzy Zureen di Facebook.


Namun kata wanita berkenaan dia kecewa apabila mengetahui remaja terbabit hanya diupah sebanyak RM30 walaupun dikerah untuk bekerja selama lapan jam bermula 5 petang hingga pukul 1 pagi.

"Alasan cuma lipat baju, kerja senang. Balik pukul 1 pagi. Dibiarkan sahaja balik sendiri dengan alasan tidak boleh memandu malam, nanti anak cari," luahnya yang berang dengan situasi itu.

Tambahnya lagi, individu yang berada di Batu 9, Cheras itu seharusnya bertindak wajar dan memikirkan keselamatan remaja terbabit yang cuba mencari rezeki halal.

Luahan yang dibuat itu kemudian dikongsikan warganet.

Rata-ratanya menyuarakan rasa geram dengan sikap individu berkenaan yang disifatkan tidak prihatin.

"B***h punya manusia... Sudah la pemalas lipat baju sendiri pastu boleh bagi upah RM30 sahaja kat budak tu? Lain kali kalau sengkek jangan panggil orang untuk lipat kain baju kau.

"Tak baik buat orang macam tu. Dia nak cari rezeki halal. Tiada perikemanusiaan.

"Kurang ajar betul aniaya hasil keringat orang. Semoga Allah bagi balasan.

"Dah la bayar upahnya sikit. Sampai hati jam 1 pagi biar balik sendiri," luah beberapa netizen yang tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah menawarkan servis seumpama itu turut berkongsi pengalaman dan mencadangkan agar remaja terbabit berdaftar di bawah syarikat berkaitan.

"Saya juga kerja kemas rumah, tapi harga adik bagi ni adalah zaman nenek moyang dahulu kala. Kalau adik nak kerja dengan company lagi bagus gajinya dan company boleh hantar pakai e-hailing... mereka yang tanggung bayaran.

"Saya sebelum ni pernah post juga... saya ambil sejam RM15, itupun ada yang tanya boleh murah lagi? Diri sendiri malas, nak upah orang tapi tak mampu bayar ikut harga.

"Kerja-kerja mengemas bukan kerja yang tidak penat ya, kalau tak boleh bagi lebih, jangan minta kurang dan ada juga yang tak sediakan minuman.

"Ni apa yang saya alami sebagai warganegara, kalau warga asing mungkin dibuat lagi teruk.

"Harap lepas ni adik naikkan harga servis dia. Sebab tu adik, kita jangan buang harga atau letak harga rendah sangat daripada pasaran. Nanti orang pijak kita," ujar mereka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-5-2022 01:19 PM
kalau kerja senang apasal kau kena upah orang untuk settlekan kerja senang kau tu bahalol..
budak ni kena set limit..
bayar per hour bukan bayar sekali kerja sampai siap..
Quote jas7512 27-5-2022 01:20 PM
Mesti yg upah ni set b40 kan...pemalas....kutuk2 krg marah tapi itulah hakikatnya perangai b40 yg teruk ni
Quote monreyes 27-5-2022 01:24 PM
ada ke contact no adik ni
Quote iman_kasih 27-5-2022 01:30 PM
Apa la kudrat org pun ko buat main je.
Meh la dik..keje dgn hakak je.
Quote Artemesiaa 27-5-2022 01:31 PM
Ramai je jenis macam ni zaman sekarang suka ambil kesempatan pada orang lain
Quote nazurah 27-5-2022 01:41 PM
cleaning service pun ada max time, 4 jam dua orang cleaner 270-300
adik lipat kain ni patut letak harga sesiap sehelai baju berapa sen...

aritu i upah orang angkat furniture lama pun dia tak letak harga, kendian dia letak la harga lantai 100.
i bagi dia 150... happy mamat tu.
Quote Suchi 27-5-2022 02:01 PM
Edited by Suchi at 28-5-2022 05:59 AM

Mmg wujud ya org kaya yg berkira bab bayar upah ni.
Dia anggap org susah mmg kena bayar murah je.
Iols penah g umah kawan bos suami iols, kira T20 laa yela kwan bos kan.
Masa tu bini dia ada upah org indon bersihkan kat laman umah dia tu. Uruskan pokok2 bunga dia la.
RM10 je dia bg upah.
Quote Suchi 27-5-2022 02:05 PM
Edited by Suchi at 27-5-2022 02:08 PM

Bab lipat baju iols rasa kalau adik ipar iols amik upah mesti ramai nak upah dia.
Satu2 manusia yg rajin lipat baju iols penah jumpa hahaha
Byk mana bakul baju depan mata dia sap sup sap setel tak penah dia tangguh2.
Sambil2 dia layan cite korea tu abis baju dia lipat. Kalau iols cite kat tv dah abis baju masih byk tu gak gamaknya hahahah.
Lipatan pun cantik elok.
Dia mmg tak pandai sgt bab masak2 ni tp kat umah tu keje2 lipat baju dan kemas umah dia yg buat.
Hari2 dia tukang sapu dan mop lantai selain melipat baju.
Mil iols pun dh tua nk duduk lama2 kt bawah lipat baju pun tak larat.
Quote zorrro_03 27-5-2022 02:09 PM
melampaunya. pengajaran kepada semua juga ni.  jgn kejam.  nanti kena kutuk berjemaah...
Quote DayangKirana 27-5-2022 02:15 PM
buat rate ikut berat baju.. RM3 sekilo ke ape... ikut jam mcm tak berbaloi.
Quote zorrro_03 27-5-2022 02:16 PM
melampaunya. pengajaran kepada semua juga ni.  jgn kejam.  nanti kena kutuk berjemaah...
Quote white_musk 27-5-2022 02:18 PM
Orang malayas ramai yang kedekut
Quote renko 27-5-2022 02:24 PM
berapa almari baju dia kena lipat tu
dr ptg sampai awl pagi
Quote jazaa100 27-5-2022 05:14 PM
renko replied at 27-5-2022 02:24 PM
berapa almari baju dia kena lipat tu
dr ptg sampai awl pagi

Lipat baju & iron sekali
Quote matjerk 27-5-2022 05:19 PM
Teringin pulak aku nak panggil org utk buat kerja lipat n gosok baju ni...

Tapi nanti dikatakan pemalas pulak..... org yg diupah tu pun kecam org yg mengupahnya dgn kata2 "pemalas". Wow.

Tp betol lah. Kedekut betol yg bg upah rm30 tu. Sialan.
Quote renko 27-5-2022 05:22 PM

yelah banyak ke apa sampai 8jam katanya
ke ada benda lain lagi dia disuruh

Quote matjerk 27-5-2022 05:23 PM
Suchi replied at 27-5-2022 02:05 PM
Bab lipat baju iols rasa kalau adik ipar iols amik upah mesti ramai nak upah dia.
Satu2 manusia yg r ...

I ols pulak kenal org yg suka iron baju... dia ni housemate kwn i .....

Setiap weekend dia akan tanya sape2 nak suruh dia iron... hobby dia iron baju... dia rasa terapi kalau iron baju.. from kedut tu tegang lendik... dia rasa kepuasan sendiri... tanpa upah ye... dia buat ikhlas...

Ada juga erk manusia mcm tu....
Quote bro_kr 27-5-2022 06:40 PM
DayangKirana replied at 27-5-2022 02:15 PM
buat rate ikut berat baju.. RM3 sekilo ke ape... ikut jam mcm tak berbaloi.

Rate tak jadi isu kat sini rasanya. Pengiklan awal-awal dah janji 4 jam dibayar rm38- dan remaja ni dah setuju dengan rate bayaran tu. Maknanya pukul 5 petang start, pukul 9 malam dah selesai kerja.

Yang jadi isunya remaja ni kena tipu dengan janji pengiklan. Dari 4 jam naik 8 jam. Dari rm38 turun rm30- Balik pukul 1.00 pagi tu tak fikir keselamatan remaja.
Quote sarah_ary2 27-5-2022 06:53 PM
matjerk replied at 27-5-2022 05:23 PM
I ols pulak kenal org yg suka iron baju... dia ni housemate kwn i .....

Setiap weekend dia akan t ...

Sama mcm my friend. Kalau oergi bercuti sheols akan mintak baju or tudung yg nak kene gosok dia akan gosokkan. Ai pulak dah terasa tenang bila vacuum kalau malam malam pun ai akan nak vacuum ????????

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075589 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top