CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Nafi, Dia Ada Sisi Sweet,"-Mamat Panggil Nadia Brian Ayang

27-5-2022 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4945| Komen: 38

Mula digelar dengan panggilan Ayang, pelakon jelita, Nadia Brian, 30, tidak menolak jejaka popular di Tiktok yang dikenali dengan nama mamatgotnochill atau nama sebenarnya Firdaus Nahar adalah seorang lelaki yang sweet.


Bagaimanapun, hubungannya dengan Firdaus atau Mamat cuma sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Foto: IG

“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Instagram Storynya (IGS) semalam. Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main dan semalam, memang kami ada bertemu di set penggambaran untuk menjayakan sebuah bahan kandungan klien.



“Jadi, dia pun muat naik gambar kami bersama di IGS. Masa itu, memang kami tengah buat projek penggambaran sama-sama. Klien pun suka tengok kami berdua jadi disatukan di set penggambaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.



Selain itu, kata Nadia, dia sedar ramai peminat dan pengikut suka dengan keserasian tercipta antara mereka sejak Firdaus mula ‘menyakat’ dan bergurau menggunakan videonya di aplikasi Tiktok.

Jelas Nadia, dia secara peribadi senang dengan cara Firdaus yang disifatkannya pandai berjenaka dan berbakat.



“Agaknya orang tengok kami nampak serasi itu sebab dua-dua jenis selamba kot. Dia pun suka buat lawak spontan dan kelakar. Tapi saya tak nafi, dia ada sisi sweet dia itu.

“Bagi saya, dia ini berbakat dan saya harap dia boleh kembangkan lagi bakat dia dengan idea dan kreativitinya yang tersendiri. Bagi saya, lawak dia itu real dan ikhlas. Itu yang membuatkan orang suka tengok dia di Tiktok.



“Maksudnya orang boleh terima lawak dia dan saya tengok, lawak dia pun tak adalah melampau. Apa yang penting, orang terhibur. Itu sudah cukup,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia tahu Firdaus sudah mempunyai teman wanita, Nadia bagaimanapun mengaku tidak pasti.





Sebelum ini, Firdaus tular dalam media sosial kerana sering tampil dengan video menegur dan memperbetul kesalahan pengguna Tiktok dan mengundang tawa ramai pengikutnya.

Antara ‘mangsa’ teguran video Tiktok Firdaus adalah Nadia dan kemudiannya semakin mendapat tempat di hati peminat yang gemar menonton video mereka bersama. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 27-5-2022 12:40 PM
alahh sngnye glmer..mencapub pastu glemer
Quote mamajawie 27-5-2022 12:47 PM
x boleh la aku tengok muka nadia ni..asal tengok gmbar dia mesti tengok idung jambu tu..
Quote ashilalat 27-5-2022 12:48 PM
Ingat mamat exists
Quote akuHavocczz 27-5-2022 01:03 PM
sorang nak glamor cepat, sorang nak buat orang lupa kisah rumah tangga dia. so oldebes!!
Quote SherryZass 27-5-2022 01:09 PM
dah nak seiras dengan dayan trisa dah si Nadia Najwa Mohamed Rashidi ni
Quote Redmyvi 27-5-2022 01:16 PM
Tak minat mamat nie.. kalau nmpk video dia aku skip kn ajer
Quote tukul 27-5-2022 01:20 PM
Redmyvi replied at 27-5-2022 01:16 PM
Tak minat mamat nie.. kalau nmpk video dia aku skip kn ajer

Asal mencapub kan....tp bg i mamat ni ada gak kdg2 lawak walaupun nyampah...tp ada sekor lg mamat yg suka mencapub..paksu ke panggilan nya..yg staf ktm tu...cannot cannot....
Quote Fettybombom 27-5-2022 01:28 PM
Igtkn mamat sepah td..
Quote Luna5855 27-5-2022 01:37 PM
Asal pelik muka pompuan ni? Bengkak kejang semacam
Quote rain2169 27-5-2022 01:58 PM
lawaaaa.....
Quote nipskacang 27-5-2022 02:21 PM
Redmyvi replied at 27-5-2022 01:16 PM
Tak minat mamat nie.. kalau nmpk video dia aku skip kn ajer

Me too, lawak dia annoying, selamat masuk list block i
Quote auntyonion 27-5-2022 02:24 PM
Taktau kenapa tetiber Geliii
Quote AbukRokok 27-5-2022 03:39 PM
untungla mat dpt jd fuckboy
nadia dah lama kesunyian
Quote miu84 27-5-2022 03:40 PM
Letoppp badan Nadia Brian. Leleh la air liur mamat
Quote dua_chzy 27-5-2022 03:43 PM
Ni la jantan taik. Kat socmed ko kutuk2 retis tu ujung2 bila berdepan, ptuiihhhh cair juga.
Quote petpot 27-5-2022 04:34 PM
makin geli pulak aku tgk nadia ni
Quote Lavender_Violet 27-5-2022 04:40 PM
Kecik tek sheols...so figure dia nmpk seimbang
Mcm mana nak kecik kan tek eh?
Quote MadameOnion 27-5-2022 04:40 PM
hahaha penat2 belanja dan bergelek sana sini..last2 dapat mamat je...kesiannya
Quote msdummy.2018 27-5-2022 04:45 PM
Nadia , tlg cr sekufu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top