CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Jadi Testimoni, Netizen Tuduh Madammu Gadai Nyawa Anak Lariskan Produk

27-5-2022 12:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6838| Komen: 31|Original author: Tatod


Selepas menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu, nama Madammu sebagai pengasas jenama kecantikan, Noir semakin dikenali dan menjadi perhatian.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan dirinya serta serta perubahan anak perempuan tirinya, Zahara yang ketika berusia 11 tahun berkulit gelap dan kini memiliki kulit cerah selepas mengamalkan salah satu produk kesihatan keluaran syarikatnya.


Walaupun video tersebut adalah perkongsian lama di TikTok namun ia mulai tular di Facebook sejak beberapa hari lalu. Netizen meluahkan rasa bimbang apabila kanak-kanak seawal usia 11 tahun sudah mulai diberikan supplemen kecantikan, ia akan memberikana kesan buruk pada buah pinggang.

Tambahan pula, ramai yang menganggap kanak-kanak berkulit gelap ketika bergelar pelajar sekolah ada normal kerana mereka sangat aktif dan kerap terdedah dengan cahaya matahari. Hal itu tidak perlu dijadikan sebagai satu isu besar.


Netizen turut berpendapat bahawa Madammu sepatutnya mendidik anak-anak agar tidak meletakkan penanda aras kecantikan itu pada tona kulit semata-mata. Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita itu seolah-olah memberikan tanggapan individu berkulit gelap tidak cantik.

Malahan, andai perkara seperti itu berterusan ia mungkin akan memberikan kesan jangka masa panjang pada diri anak tirinya itu menjadi seorang individu yang kurang keyakinan diri. -CARI











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-5-2022 03:16 PM
memang merepek..let kids be kids la...x nak anak itam homeschool je dak2 ni..spesis sskjp bongok asalkan produk laku
Quote Leo_Tigris 27-5-2022 03:27 PM
Netizen pun seketul jugak perangai.....

bila Vida jual produk kuyus, produk QuPuteh, korg semua melalak suruh cikB kurus and putih dulu baru dia boleh ckp byk......
--- kesudahannya takde sape pun yg kuyus - hahahhaha and cikB makin kepam ada la.....off topik sikit - paham la cikB nak jadi diri sendiri blablabla......tapi takleh ke hire personal trainer and dietitian untuk helokkkan sikit fizikality anak dia tu......ni siap berjalan pun dah kira macam 'waddling' dah -


ni bila dia guna anak dia sbg ultimate proof bahawa produk dia menjadi - korg meroyan jugak...hahaha....netizen, netizen - byk nau masa korg eh...
Quote nut.legacy 27-5-2022 03:37 PM
caption posting kt ig tu kelakar... up diri sendiri ckp hebat besarkan anak2 tu..
Quote mawarkhayalan99 27-5-2022 03:52 PM
makcik ni mcm hari2 je tengok live dekat tiktok sinun
Quote SayaSayangMama 28-5-2022 02:41 AM
cantik to bila bukak mulut je aduh keluar semua klate budu
Quote haifawehbe 28-5-2022 03:34 AM
dia ni kalau dgr suara jer x tgok muka mmg ingat suara nenek2 dah..
Quote tukul 28-5-2022 08:23 AM
Mmg bodoh sangat maktiri, bapak kandung,mak sedara2 belah bapak tu...mana mak sedara belah mak... please tgkkn anak sedara u all ni...mau rosak buah pinggan budak2 ni nanti kerana kebodohan maktiri dan bapak kandung
Quote namieamuro 28-5-2022 08:50 AM
kesiannye la takleh trime anak kelam gitu. bese la bebdk kan aktiviti sekolah lg. knp sibuk sgt nk putih mcm mayat. tak psl2 nti bile buat aktiviti sekolah kt luar,mule la jd puteri lilin. sensitip panas.
Quote missyL 28-5-2022 08:52 AM
SayaSayangMama replied at 28-5-2022 02:41 AM
cantik to bila bukak mulut je aduh keluar semua klate budu

Kan
English die pn bunyi kelate haha
Quote missyL 28-5-2022 08:54 AM
Cm same je
Dok bawah lampu je kot 14 thun tu hahaha

Pastu standard la bdk2 sekolah jadi gelap. Byk aktiviti luar.

Dah klo genetic kelabu xkn la nk expect anak kokosen plk
Pelik2

Ape la obsession some ppl nk putih sgt nie
Quote missyL 28-5-2022 08:56 AM
nut.legacy replied at 27-5-2022 03:37 PM
caption posting kt ig tu kelakar... up diri sendiri ckp hebat besarkan anak2 tu..

Kan
Did it ape???  Hahaha

Lain la klo anak2 dah bergelar doctors ke dua org tu
Engineer ke
Hahaha
Baru belasan thun sgt


Did it jadi putih ke cmne hahahaha

Tgok ig tu same je warna kulit yg konon2 dah putih tu
Quote CtMaryam123 28-5-2022 09:31 AM
SayaSayangMama replied at 28-5-2022 02:41 AM
cantik to bila bukak mulut je aduh keluar semua klate budu

hahaha tak dpt sorok tp dia cakap mcm org Thai
Quote Lailerthee 28-5-2022 10:18 AM
Dia ni lps femes konon xnak publicity masa juara lagu hari tu i tgok dok la live 24/7 kat tiktok. Lps tu try hard nak cakap english dgn anak. Tpi ya Allah teruk naw naw bunyi english nya
Quote Lailerthee 28-5-2022 10:19 AM
Lepas tu dok claim laki dia mana2 dia pg nak ikut apa semua tpi bl live skali ada laki dia laki dia mcm xrespond pon apa dia tny. Diam gitu je
Quote epal_putih 28-5-2022 06:27 PM
Standard beauty msia
Kena putih, kuruh...
X cerdek sgt pom xpa kut..
I meme ikut saranan dr pidah
Jauhi produk sampah......
Quote _kelly 28-5-2022 09:02 PM
Lailerthee replied at 28-5-2022 10:18 AM
Dia ni lps femes konon xnak publicity masa juara lagu hari tu i tgok dok la live 24/7 kat tiktok. Lp ...


acah urban gituh kena la cakap english dengan anak2 walaupon bunyi siam grammar kelaut..lagi sorang yati st tu alahaiii..kalau cakap melayu jatuh standard ke pon
Quote uori 28-5-2022 10:59 PM
“You should have to pass an IQ test before you breed. You have to take a driving test to operate vehicles and an SAT test to get into college. So why don’t you have to take some sort of test before you give birth to children? When I am President, that’s the first rule I will institute.”

― Marilyn Manson



Quote lyshafull 28-5-2022 11:22 PM
Tah2 x minum pun dyrg pun aware produk dyrg mcm mana
Quote anony-mous 29-5-2022 01:56 AM
Baru je nk ckp she lawa, tp tgk hidung pon tau either filler atau benang . Then tgk pulak rupa asli ank2 dia, boleh tau la rupa asal cemana

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057625 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top