CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tajul Kemalangan, "Masa Kereta Berpusing Tiga Kali, Teringat Arwah Achik Spin Meninggal Dunia"

27-5-2022 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3718| Komen: 35

Malang tidak berbau, penyanyi Tajul Ariff berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan gara-gara mengelak lopak air.

Berkongsi lanjut, Tajul, 24, berkata, kereta jenis BMW miliknya berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan di sekitar kawasan Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Rabu.

Foto: IG

“Ketika itu hujan lebat dan saya tidak nampak ada lopak air di atas jalan. Apabila dekat baru perasan dan saya cuba mengelak. Disebabkan itu saya gagal mengawal kereta dan berpusing di atas jalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Mujur saya tidak langgar lori yang betul-betul dekat dengan saya ketika itu. Kalau terlanggar mungkin akan jadi lebih teruk.

“Syukur tiada sebarang kecederaan. Memang terkejut selepas kejadian. Saya ambil masa berehat seketika di tepi jalan sebelum berfikir untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.



Kejadian yang berlaku juga membuatkan Tajul teringatkan akan arwah abangnya iaitu penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

Tajul juga memberitahu dalam keadaan kereta sedang laju berpusing, dia sempat berfikir akan segala keburukan yang berlaku dan reda dengan apa sebarang kemungkinan.




“Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu meninggal dunia akibat kemalangan. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah.

“Ketika kereta sedang berpusing, saya sempat berfikir ke manalah hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Hanya berserah sahaja,” ujarnya.


Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.

Untuk rekod, abang Tajul iaitu vokalis kumpulan Spin, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang-Seremban pada 18 April 2010.


Allahyarham yang ketika itu berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaannya yang terbabas selepas melanggar papan tanda. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-5-2022 11:11 AM
hmmm..asal boleh je jadi penyanyi selagi boleh guna nama abang ko tu kan..sore da la haus acaner jadi retis pun x paham
Quote Parit.Hilton 27-5-2022 11:17 AM
dah kenapa nak elak lopak air pulak. next time kalau lalu lopak, jangan elak atau brek, just lepas kaki dari pedal minyak. kalau tekan brek kat lopak air pun kereta boleh terbabas.
Quote syamzana 27-5-2022 11:20 AM
mesti bawak laju ni smpai berpusing-pusing
Quote dewi_rina 27-5-2022 11:22 AM
memang semua citer ko nak kait dengan arwah abang ko eh?
Quote harkktuih 27-5-2022 11:27 AM
asal boleh semua nk kaitkan nama arwah abang..
Quote miemiecha 27-5-2022 11:37 AM
masa amik leseng dlu xde ke cikgu pesan pape?
Quote cikatilia 27-5-2022 11:53 AM
drive mcm pelesit mmg gitu la kan
Quote nawtylulu 27-5-2022 12:52 PM
harkktuih replied at 27-5-2022 11:27 AM
asal boleh semua nk kaitkan nama arwah abang..

x kait nnti org x prasan lak spe die yg sendu ituu.. huhuhu
Quote missHaidiD 27-5-2022 12:57 PM
Aku tak suka dia ni.  Dia pernah komen netizen sampah. Biadab sgt.  Tp masa tu dia tak dikenali jadi netizen whoareyoursssss je kt dia
Quote cruz2 27-5-2022 01:00 PM
Dh 2022 masih nak kait dgn arwah abg??
Quote Suchi 27-5-2022 01:04 PM
Muda lagi rupanya acik masa meninggal tu
Quote edayildiz 27-5-2022 01:08 PM
sedih pulak ingt kt achik..tp masatu i pun remaja lg..seingt i sblm
Quote petpot 27-5-2022 04:23 PM
rindu pulak dgn arwah Achik dgn arwah faizal yusuf
Quote kucingitam 27-5-2022 04:53 PM
bila sebut achik, auto teringat nana, auto pula teringat arwah faizal yusuf
Quote sleepandream 27-5-2022 05:40 PM
Parit.Hilton replied at 27-5-2022 11:17 AM
dah kenapa nak elak lopak air pulak. next time kalau lalu lopak, jangan elak atau brek, just lepas k ...

betul sis... iols dulu penah drive waktu malam... tak perasan jalan depan tgh construction pakai batu2 putih tu...
iols panik terus tekan brek kuat2... kereta meluncur mcm zigzag... nasib baik takde kereta arah lawan jalan sebelah
Quote inspektoremos21 27-5-2022 05:53 PM
Ok la sikit tunggang nama abang dari ko tunggang agama kan btw, lama tak tengok wife arwah achik . Sheols ada ig tak?
Quote whimsicalmusic 27-5-2022 07:14 PM
Achik mmg meninggal sbb accident ya? Iolls lupa da
Quote asfaz 27-5-2022 07:29 PM
whimsicalmusic replied at 27-5-2022 07:14 PM
Achik mmg meninggal sbb accident ya? Iolls lupa da

Aah accident lepas balik dr rancangan Jangan Tido Lagi. Last Nana jumpa dia.
Quote whimsicalmusic 27-5-2022 07:32 PM
asfaz replied at 27-5-2022 07:29 PM
Aah accident lepas balik dr rancangan Jangan Tido Lagi. Last Nana jumpa dia.

Ooo ko sebut nana br iolls teringat. Mati2 iolls ingt psl arwah along spoon..kah3

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.094240 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top