CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Terbakar Ragut 11 Nyawa Bayi Baru Lahir

26-5-2022 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1714| Komen: 3

11 bayi baharu lahir meninggal dunia dalam kebakaran sebuah hospital di bandar Tivaouane, Senegal, menurut ciapan Presiden negara itu, Macky Sall di Twitter pada Rabu.


"Kepada ibu dan keluarga mereka, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam," ciap Sall pada lewat malan seperti dilaporkan AFP.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang kebakaran itu yang berlaku pada Rabu.


Jentera bomba berada di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh, Tivaouane yang terbakar pada Rabu. - Foto PMC TV

Sall dilaporkan berada di Angola dalam satu lawatan negara.


Tragedi itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane dan berpunca daripada litar pintas, menurut seorang ahli politik Senegal, Diop Sy.

Kebakaran merebak dengan cepat, katanya.

Menteri kesihatan Senegal, Abdoulaye Diouf Sarr yang berada di Geneva untuk Perhimpunan Kesihatan Sedunia berkata, beliau akan segera kembali ke Senegal.

Datuk Bandar itu, Demba Diop berkata, tiga bayi telah diselamatkan.

Kejadian serupa pernah berlaku di bandar utara Linguere pada akhir April lalu apabila kebakaran berlaku di sebuah hospital dan empat bayi yang baharu lahir terkorban.

Datuk bandar bandar itu telah menyatakan kerosakan elektrik pada unit penghawa dingin di wad bersalin sebagai punca kebakaran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 26-5-2022 06:50 PM
kesiannya... tak bole bayangkan perasaan parents terutama ibu2 yg baru melahirkan
Quote Nnoor2 26-5-2022 07:01 PM
Allahuakbar...dah la 9 bulan siksa bawak perut...sakit melahirkan lagi....
Quote mejaputih 26-5-2022 08:45 PM
Allahu...siannya ibu2 nk hadapi hari2 mendatang, hope doeg kuat hadapi dugaan nj..anak2 tu dah confirm ayurga...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053973 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top