CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Teresak-esak Lepas Disabit Bunuh Budak 12 Tahun

26-5-2022 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2216| Komen: 6

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Liverpool, England menangis teresak-esak ketika didapati bersalah menikam pelajar perempuan berumur 12 tahun sehingga mati, lapor akhbar The Sun, kelmarin.


Tertuduh dengan identiti yang tidak didedahkan itu telah menikam Ava White, sehingga mati di pusat bandar Liverpool sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) pada 25 November tahun lalu.


Ava
Kredit foto: Tim Stewart News Limited

Dia bagaimanapun ada memberitahu polis sebelum ini bahawa akan terlepas daripada tuduhan ketika disoal siasat.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, mangsa bersama kawan-kawannya dikatakan bertengkar dengan tertuduh dan tiga rakannya kerana telah merakam video mereka pada aplikasi Snapchat. 

Mangsa bertengkar dengan tertuduh kerana merakam video tanpa kebenaran. Rakan-rakan mangsa berkata, tertuduh turut tersenyum selepas menikamnya di lorong sebuah sekolah lalu melarikan diri. 

Tertuduh mengaku telah menikam mangsa, namun menurutnya, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja untuk mempertahankan diri ketika cuba menakut-nakutkan mangsa. 

Dia selain itu turut mengaku memiliki sebilah pisau bersaiz 7.5 sentimeter, tetapi menafikan pembunuhan.

Hakim di Mahkamah Diraja Liverpool kemudian mengesahkan bahawa tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan.

Lebih 20 ahli keluarga mangsa bersorak tanda syukur ketika hakim membacakan keputusan. Menerusi satu rakaman video, tertuduh dilihat menundukkan kepalanya sambil menangis teresak-esak. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 26-5-2022 06:26 PM
Gila lah...
Ish...tergamak tu
Ke dah.lama.dia berdendam.dgn mangsa tu..
Kesian wei ditikam.banyak.kali plak tu.
Mujur dah jatuh hukum
Quote Artemesiaa 26-5-2022 06:28 PM
Bahaya kecik2 dah mental
Quote Thunderclouds 26-5-2022 07:57 PM
Sbb byk tgk yt merapik @ main games ganas2 perhaps?
Quote sharlenetexas 26-5-2022 08:57 PM
Kecik2 dah jadi pembunuh.


Quote AznieBunnie 27-5-2022 09:05 AM
lepas tikam, dia senyum?
selayaknya ko masuk dalam dik...
Quote syamzana 27-5-2022 09:08 AM
barannya ko anak...teruk sgt ke video yg mangsa ni rakam smpai mati ko tikam dia pakej tersengih plak tu. serammm acik baca. humban je la dlm jail.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077945 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top