CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tikam Ibu Lepas Dua Hari Demam

26-5-2022 06:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2314| Komen: 13

Seorang wanita parah selepas ditikam anak lelakinya yang dipercayai sedang sakit akibat demam dengan sebilah pisau dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Yong, Pasir Puteh kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa yang berusia 41 tahun cedera parah pada bahagian dada kirinya dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Datuk Mohd. Nor Yazhid Idris berkata, siasatan awal mendapati, suspek bersama mangsa sedang tidur di dalam sebuah bilik yang sama di rumah mereka.


Menurutnya, semasa sedang tidur, bahagian dada mangsa tiba-tiba terasa sakit sebelum mendapati sebilah pisau tertusuk pada bahagian tersebut.

“Mangsa cuba memanggil suaminya yang tidur di ruang tamu namun, tidak sedarkan diri selepas mengeluarkan sendiri pisau tersebut pada dadanya.

“Siasatan awal mendapati, wanita itu ditikam anak lelakinya menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur. Remaja itu dipercayai demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada ibunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nor Yazhid, suami mangsa telah membawa mangsa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan lanjut.

Katanya, berdasarkan laporan doktor, kesan tikaman tersebut telah menyebabkan bahagian paru-paru kiri mangsa bocor sehingga mengakibatkan wanita itu kehilangan darah yang banyak sebelum dia dirujuk ke HUSM.

Ujarnya, polis telah menahan remaja tersebut dan akan mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 26-5-2022 06:33 AM
Edited by Suchi at 26-5-2022 06:35 AM

Semoga si ibu selamat, sepatutnya dia tak perlu cabut pisau tu.Dahla kena kat organ penting. Seharusnya dibawa ke hospital dulu dengan pisau tu dibiarkan saja di dada. Biar paramedik yang uruskannya.
Dia masih sedar sebab pisau tu masih tertusuk kat dada tu kalau dicabut membuak2 la darah keluar.
Konsepnya sama sprt tersalah drill dinding dapur terkena saluran paip.
Bila cabut drill dari dinding air akan memancut2 keluar sampai banjir dapur. Tapi selagi mata drill tu tertusuk kat dinding air tak memancut keluar.
Mungkin si ibu panik kot, taktau apa masalah si anak.
Tak dinyatakan ada masalah kesihatan mental kah, urine test? Gangguan setan atau apakah?
Quote matchstick 26-5-2022 07:07 AM
Anak remaja tu umur berapa..lalok ubat batuk ke sampai ko tikam mak ko dek
Quote venom1 26-5-2022 07:09 AM
nanti alasan 'Halusinasi'. Biasa sangat dengar macam tu
Quote Jitu 26-5-2022 07:10 AM
aduh ngerinya
Quote slyfynx 26-5-2022 07:11 AM
Seriously, kalau luka tertusuk or tertikam, jangan cabut sbb x nk blood loss.
Biarkan yang lebih arif uruskan di hospital nanti.
Quote Dovahkiin 26-5-2022 07:33 AM
Lelaki kalau demam lain sikit, mcm nak tercabut nyawa rasanya. Kalau patah kaki ke tangan ke, ilang jari ke, rilek je. Pompuan kalau demam mcm takde apa2.
Quote MissyMolly 26-5-2022 07:55 AM
Dah kenapa kau nak
Quote belacan_gurl 26-5-2022 07:58 AM
Dadah lah tu...
Quote JunkMail 26-5-2022 08:14 AM
Amenda aku baca ni? Macam filem thriller pulak...
Adakah ini effect vaksin? Remaja tu hilang keupayaan kontrol otak sendiri akibat beliau di kontrol secara remote oleh pihak lain?

Gitu aku berspekulasi...
Quote syamzana 26-5-2022 08:48 AM
harap maknya cepat sembuh...
dah knp anaknya tu demam2 p tikam mak? ada mslh kemurungan ke?bdk lagi
Quote Jajabeans 26-5-2022 08:53 AM
matchstick replied at 26-5-2022 07:07 AM
Anak remaja tu umur berapa..lalok ubat batuk ke sampai ko tikam mak ko dek

umo 14 tahun dgr kt radio tadi
Quote Mary_jane 26-5-2022 11:34 AM
Tersilap makan ubat ke sampai capai pisau & tusuk mak nya? Mak nya pun mesti panik terus cabut pisau tu, dalam movie kan biasa orang cabut sendiri pisau tu.
Quote She-Ra 26-5-2022 11:40 AM
duk scroll ig, ternampak berita ni pg td
terus tutup pakai tgn & refresh cpt2.. i is kenot la dgn gambar yg dorang tepek tuu.. darah pisau.. haish!

moga maknya baik2 aje

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.096256 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top