Tular di media sosial baru-baru ini apabila syarikat pengeluar kasut terkenal di Malaysia mendapat pelbagai kecaman berhubung reka bentuk beg tangan terbaru keluarannya.
Isu berbangkit apabila orang ramai membaca ciapan dan melihat foto beg tangan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kasut itu, kemudian digandingkan dengan foto beg tangan dari jenama terkenal antarabangsa. Ramai terkejut melihat reka bentuk kedua-dua beg sangat sama sehingga menimbulkan kontroversi di media sosial. Gara-gara tweet tersebut, ramai pengguna media sosial di Twitter berkongsi pandangan masing-masing dan rata-rata mengkritik syarikat pengeluar kasut tersebut kerana menciplak idea rekaan beg tangan berjenama. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya dan berkongsi pandangan masing-masing di laman Twitter tentang isu panas ini. Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan menerusi isu panas ini dengan memperkenalkan beg tangan jenama tempatan yang di lihat sangat cantik dan menarik perhatian. Sumber: Murai
|
judicata: bukan counterfeit lah kalau da brand pun lain.... kalau da serupa tu tapi brand lain takde nya bottega nak heran pasal bag tu.. sah2 dorang tauk kuali ...
djzara81 replied at 26-5-2022 08:19 AM
Aku beli selipar Bata Comfit design ala2 Hermes, yg bentuk H tu besau skit. Kat mall, ada je stall y ...
ADVERTISEMENT