Sepasang suami isteri yang bersedih atas kehilangan kucing mereka yang mati dilanggar kereta, terkejut selepas mendapat tahu haiwan peliharaan mereka sebenarnya masih hidup.
Lapor Daily Mail, Danielle dan Sam Smith menyedari mereka tersalah menanam bangkai kucing lain apabila haiwan peliharaannya bernama Lucky muncul di hadapan rumah mereka sehari selepas insiden itu. Ketika kejadian, pasangan dari Birmingham itu dimaklumkan jiran mereka yang menemukan bangkai seekor haiwan peliharaan itu berwarna hitam dan putih pada 14 Mei lalu.
Sam bergegas untuk mengenal pasti haiwan itu yang mempunyai beberapa tanda yang hampir sama dengan kucing peliharaannya berusia 11 bulan. Setelah melihat bangkai haiwan itu, Sam menyangkanya Lucky dan membawa ke rumahnya. “Danielle mendukung bangkai tersebut manakala Sam pula menggali tanah di belakang halaman rumah untuk menanamnya. “Pasangan itu menanam bangkai kucing itu dan meletakkan batu nisan yang tertera RIP Lucky,” jelas laporan itu. Pada keesokan hari, Danielle menerima gambar mesej yang memaparkan kucingnya yang sebenar pulang ke rumah melalui pintu depan dan sedang makan sarapan paginya. Pasangan itu lega selepas mendapat tahu Lucky masih hidup namun mereka juga berasa ngeri menyedari menanam bangkai kucing orang lain. Sumber: Utusan
|
lipsofanangel replied at 26-5-2022 11:41 AM
hihihihi....
selamat hari raya noor
prettyuglybabe replied at 26-5-2022 10:49 AM
i pun pernah macam ni..
tapi bukan mati la..
my cat terlepas pastu next day dia ada depan rumah and ...
fairiza replied at 26-5-2022 01:59 PM
Ish mcm musykil x kenai kucen weh. Hang jarang belai kah?
Aku all bkn x kenai kucen tp asik salah ...
Samerosie replied at 26-5-2022 02:41 PM
Hahaha macam cerita ni
Samerosie replied at 26-5-2022 02:41 PM
Hahaha macam cerita ni
ADVERTISEMENT