"Buat masa ini belum ada lagi pihak yang keliru atau menyangka saya adalah individu yang dikaitkan dengan berkahwin kali ketiga.
Demikian ulas pelakon Amar Baharin secara ringkas apabila diajukan sama ada terpalit dengan kontroversi yang menimpa rakan industri, Amar Asyraf. Nama sama bukanlah sesuatu yang baru dalam industri seni tempatan. Contohnya apabila penyanyi, Aliff Aziz terpalit kontroversi mengenai rumah tangga, namun pelakon dan pengacara Alif Satar yang dikecam netizen berikut isu itu. "Susah sebenarnya hendak menjawab soalan ini. Namun saya cuba sebaik mungkin mengulas kerana benda masih panas dan sensasi.
"Alhamdulillah… Amyra pun tahu itu bukan saya jadi tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Setakat ini tidak ada juga yang menghantar mesej peribadi memaki saya atau sebagainya.
|
ADVERTISEMENT