CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Rakam Kenderaan Tak Endah Lampu Isyarat Sehingga Murid Takut Nak Lintas

25-5-2022 02:24 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1626| Komen: 15|Original author: Agent13k

Kalau belajar di kelas memandu, sudah tentu pengajar akan tekankan betapa pentingnya pemandu perlu mematuhi lampu isyarat kerana kemalangan boleh berlaku jika kita tidak mengendahkan lampu isyarat.

kredit foto: TikTok


Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang pemandu merakam ramai penunggang motosikal tidak mengendahkan lampu isyarat merah menyebabkan seorang murid menghadapi kesukaran untuk melintas jalan.


Difahamkan, kejadian berlaku di Puchong itu menunjukkan seorang murid terpaksa menunggu lama di seberang jalan walaupun lampu isyarat pejalan kaki sudah hijau kerana penunggang motosikal yang mengabaikan lampu isyarat tersebut.

Berikutan itu, kedengaran pemandu yang merakam kejadian memarahi penunggang motosikal terbabit kerana mengabaikan lampu isyarat dan tidak membenarkan budak tersebut melintas jalan.

kredit foto: TikTok

Menjengah di komen pula, ramai netizen sakit hati dengan penunggang motosikal terbabit dan berasa kasihan melihat murid itu ketakutan untuk melintas jalan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 25-5-2022 03:44 PM
Rabun warna tak pun brek tak makan.
Quote MissyMolly 25-5-2022 04:10 PM
Nasib adik ni reti nk tgk dulu baru lintas
Quote Artemesiaa 25-5-2022 04:10 PM
Ramai je macam tu perangainya sekarang mereka makin berani sebab tak ada penguatkuasa kalau ada pengguna jalanraya yang lain tegur pandai pulak nak marah balik
Quote elnor_81 26-5-2022 09:44 AM
Ni moto..dpn skolah aku..keta..lori..sme naik. Bpe thn dh..bonggol x dibuat2. Hrp traffic light je. Dh merah pun main jln je. Seram tgk
Quote felinecat 26-5-2022 10:16 AM
Kang bila ade yg mati melintas dikata takdir... Depan hospital pon sama. Hanaaattt betul laaaa
Quote dekmieDandy 27-5-2022 08:50 AM
motorcyclist memang selalu buta bab ni

aku kalau dekat depan office ni jerit je kat diorang kalau dok langgar lampu merah

lama kot aku tunggu lampu tu nak merah
Quote Prickford 27-5-2022 09:00 AM
Sian budak tu. Dia melintas pon lepas tu ngam2 lampu hijau. Sial semua motor yg langgar lampu merah tu.
Quote mejaputih 27-5-2022 09:14 AM
elnor_81 replied at 26-5-2022 09:44 AM
Ni moto..dpn skolah aku..keta..lori..sme naik. Bpe thn dh..bonggol x dibuat2. Hrp traffic light je.  ...

kat trg byk dah kejadian kereta langgar lampu isyarat merah dpn sekolah...ada dh a few videos budak2 nyaris nk kena langgar...sepatutnya bila viral ni polis traffic kena buat siasatan sbb jelas terpampang nombr plat kereta...tp mcm nan hado je...bila kena tangkap patut viralkan supaya menjadi pengajaran kpd pemandu2 sekalian.
Quote elnor_81 27-5-2022 04:23 PM
mejaputih replied at 27-5-2022 09:14 AM
kat trg byk dah kejadian kereta langgar lampu isyarat merah dpn sekolah...ada dh a few videos buda ...

Kan..aku byk kali sbut..tp..masih xde tindakan. Nk tggu bdk mati kot...
Quote esbok 27-5-2022 04:33 PM
Pernah melintas. Tanpa ku sadar ada motor tak berhenti. Lutut si pembawak motor terlanggar aku,  berdesup terpusing pusing aku jadinya. Nyaris berlanggar dengan motor nya. Daku dimarahnya sambil dia berlalu pergi. Bingung sugguh aku, lampu isyarat masih merah. Jadi buduh kejap kat situ
Quote doubleharmonic 28-5-2022 08:09 PM
apa noreen sangat perangai ko ni
Quote che-cikL 29-5-2022 01:13 AM
Mmg menyakitkan hati tgk motor skrg. Setiap kali kat traffic lite, mesti ada yg langgar.  Setakat sejak PKP tamat ni, iols dah pastikan.  Tolonglah pihak berkuasa buat penguatkuasaan.
Quote nakkomenjugak 29-5-2022 07:32 PM
malaysians dan langgar peraturan jalan berpesah tedaaaa
Quote salimrock 30-5-2022 04:44 PM
aku rsa kita kena letak polis kt sekolah pada waktu puncak, aku pn kadang2 langgar lampu merah, tp pkl 10 malam keatas atau bukan di kawasan sekolah,


hormati la kawasan sekolah...
Quote Carcosa 31-5-2022 12:46 AM
Pelesit2 buta pekak ni, kang dah kena langgar, mulalah keluar ayat "hoiii buta ke??"
Eh anjing, kau tu yg buta. Lampu merah kau redah. Kang kalau dah mampos, apa pun tak dpt. Pedulik apa aku, kau tgh carik rezeki,tapi kau menyusahkan ramai org ok. Dekat Mont Kiara tu, sama je. Main terus je. Sah2 byk apartment situ. Byk family dgn budak2 melintas. Dia main redah je. Bila dah bertembung, mulalah Buta ke??!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053615 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top