Uqasha Senrose terima pujian netizen kerana masih kelihatan jelita walaupun wajah dan dirinya dipenuhi lumpur. Menerusi entri Instagram, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya ‘comot’ sewaktu menjayakan babak di sawah padi bagi naskhah Setelah Terlafaznya Akad 2.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada rata-rata peminat dan rakan artis. “Hehe mandi lumpur pun cantik tau, macam mana itu,” komen seorang peminat. “Kenapa situasi macam ini pun tetap lawa dan sweet ya kamu berdua ini. Tidak mengapa, esok aku cuba
redah sawah padi dengan bini (isteri) aku… harap-harap gambar kami cantik seperti ini,” seloroh seorang netizen. “Comot lumpur pun cantik. Aku ini kalau macam ini, balik kena hambat dengan mak,” komen juga peminat lain.
|
princessmiang replied at 25-5-2022 12:46 PM
bau air mani laki ko tahan x?
ADVERTISEMENT