CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Marah Motosikal Dijual Sampai Tak Hadir Majlis Kahwin Sendiri

25-5-2022 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1733| Komen: 7

Seorang pengantin perempuan di Palembang, Sumatera Selatan terpaksa bersanding sendirian di pentas pelamin selepas pengantin lelaki enggan hadir ke majlis disebabkan marah kepada wanita itu, lapor laman berita Detik.


Menurut laporan, pengantin perempuan dikenali sebagai DH itu tetap meneruskan majlis persandingan meskipun tanpa kehadiran pengantin lelaki.


DH tetap meneruskan majlis persandingan meskipun tanpa kehadian pengantin lelaki. – Merdeka/Irwanto

Ibunya, Rapita berkata, acara itu tetap diteruskan bagi menghormati kira-kira 200 tetamu yang telah hadir.

Tambahnya, calon menantunya berasa marah kerana motosikal miliknya dijual ibu bapanya bagi mendapatkan wang untuk membiayai pernikahan itu.

Bahkan seminggu sebelum acara pernikahan dijadual berlangsung, lelaki itu ada menghubungi DH menerusi aplikasi WhatsApp dan menyuarakan rasa marahnya.

Dia juga menyalahkan DH kerana motosikal miliknya dijual ibu bapanya sendiri untuk membiayai pernikahan mereka selain meminta wanita itu mengembalikan wang tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rachel_Green 25-5-2022 08:05 AM
kalau akak dik..baik akak batal kan jer terus majlis..apakejadah nak pikir lagi pasal tetamu..sekarang dah ada wassap..kau bagitau jer kenduri batal,,bukan macam zaman dulu2..yg tak boleh nak bagitau tetamu jauh sebelum datang majlis.

lelaki kuat merajuk camtu kau buat laki..kalau dah tau hantaran mahal sapa suruh terima masa meminang dulu.
Quote naina 25-5-2022 08:08 AM
Barannya..takda tolak ansur. Kalau tak mampu takyahla beriya nikahkan anak tu sampai jual moto. Dahlah dikk tak rugi pun tak jadi kawen dengan jantan tu. Pulangkan lah duit hantaran dia.
Quote maharani_gebu 25-5-2022 08:18 AM
masalahnya yg jual motor tu mak bapak pengantin laki atau ppuan? ai is konpius...
Quote anikarma 25-5-2022 08:44 AM
Lerrrrr….dah terang takya suluh suluh ko dah miskin nah sampai kenduri pun mak pak kena jual moto ko nak biayai majlis….dikkk kandang biawak mana yg ko dgn rela masuk ehhhh….tak ya kawin batalkan jer kalau gini…esok esok ko nak cekik apa oi….dgn dgn ko skali kena jual baru padan….tu pasal la si friskatrina apa jadah tu bangga nak mampos setakat laki gaji 5k dapat gi oz jalan jalan ada keta mercedes…dah kampuak sendiri nak kawin macam ni….ok ok mak maham dahhh…patut la mengalahkan kera dapat bunga….
Quote slyfynx 25-5-2022 08:46 AM
Confused aku baca kisah ni.
Mak bapak sape yang jual?
Pastu moto tu atas nama sape leh jual camtu je?

And nape berita dari seberang ni jadi isu semasa?
Quote syamzana 25-5-2022 08:49 AM
makbapak ko yg jual, kenapa bini yg dimarahi??
ape ke bodo otak lelaki ni. semak perut betui ade manusia otak tertinggal dlm jamban ni. dah miskin jgn la menikoh.
Quote shernazz 25-5-2022 09:01 AM
Dah tau tak mampu
Nak jugak kawen..
Sampai mak.ayah kena jual moto ko..
Iols syak mak ayah dia dah bgtau duit tak cukup..laki ni buat donno je..
Last2.moto kena jual baru merempan..

Silap2 kalau dpt baby ni..nak baby sekian2.keluar lain..sure merajuk masuk hutan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056510 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top