CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Setahun Lebih Kahwin, Sakinah Belum Rancang Tambah Anak

25-5-2022 07:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1390| Komen: 0

Selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan lelaki Sweden Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia masih belum ada perancangan untuk menambah cahaya mata.


Tambah Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mereka menjalani hubungan perkahwinan jarak jauh kerana suaminya bekerja di Sweden.


Kredit foto: IG Sakinah

Justeru, fokusnya adalah untuk membesarkan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu berbanding menambah zuriat.

“Memang saya selalu dapat soalan bila hendak tambah anak? Kalau ada anak nanti pasti comel dan cantik.


“Namun, disebabkan hubungan jarak jauh, saya di Malaysia dan suami di Sweden, sememangnya kami belum ada sebarang perancangan untuk tambah anak.


Kredit foto: IG Sakinah

“Fokus kami adalah membesarkan dan beri yang terbaik kepada anak-anak. Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum membuatkan keputusan menambah cahaya mata,” kata Sakinah yang ditemui pada penggambaran filem Jemputan Ke Neraka baru-baru ini.

Sekitar Jun depan Sakinah akan terbang ke Sweden dan bercuti di sana selama dua bulan.

Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih pilihannya seorang duda dua anak.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015, namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.


Kredit foto: IG Sakinah

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.030784 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top