Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit selepas dua cincinnya tersekat di dua jari di Hospital Tanjong Karang, semalam.
Mangsa berusia 45 tahun itu terlebih dahulu sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang selepas jari kanannya terkena mercun. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.28 petang. Katanya, berdasarkan maklumat wanita itu mengalami kecederaan di jari kanan akibat mercun. “Terdapat dua cincin emas tersekat di jari mangsa sehingga mengakibatkan jari berkenaan membengkak. “Anggota kemudian bertindak memotong dua cincin itu menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan lain pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas beliau, operasi kemudiannya ditamatkan pukul 6.44 petang. Sementara itu, Harian Metro melaporkan mangsa cedera selepas mercun bola yang digunakan untuk menghalau monyet meletup di tangannya, semalam. Masturi Mustafa, 45, berkata, kejadian berlaku di rumah adiknya ketika melakukan kerja pembersihan dan dia menggunakan mercun bola bagi menghalau monyet liar. "Bagaimanapun, saya tidak sangka ia tiba-tiba meletup di tangan. Akibat letupan itu, dua jari tangan saya berdarah dan sangat menyakitkan," katanya ketika dihubungi. Sumber: KOSMO! ONLINE/Harian Metro
|
ADVERTISEMENT