CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takut Tak Sedar, Tahu-tahu Je..." - Tekanan Darah Ibu Jue Aziz Naik Mendadak Lagi

24-5-2022 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1372| Komen: 1

Pelakon, Jue Aziz, memaklumkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas bacaan darah dilaporkan meningkat ke paras bahaya.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon popular Janji Kekasih itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.


Kredit foto: IG Jue

Menurut Jue, dia memberitahu tekanan darah ibunya naik mendadak sehingga dikhuatiri boleh menyebabkan urat dalam kepala pecah dan boleh membawa maut.

Pelakon itu bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila ibu tercintanya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor.


Mengulas lanjut, Jue turut bimbang apabila ibunya tidak mengalami sebarang rasa sakit seperti sebelum ini.


Kredit foto: IG Jue

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Bonceng itu merakam penghargaan buat semua yang tidak lekang mendoakan kesejahteraan ibunya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa buat ibunya agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala.



Pada Februari lalu, ibu kepada Jue dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 24-5-2022 03:14 PM
moga dipermudahkan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.131646 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top