Pemain pertahanan West Ham, Kurt Zouma dihadapkan atas tiga pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan kerana menendang dan menampar kucing di rumahnya.
Kejadian pada Februari lalu dipercayai dirakam adiknya Yoan, menunjukkan Zouma meletakkan kucing itu sebelum menendangnya di lantai dapur. Yoan yang bermain untuk Dagenham dan Redbridge juga didakwa atas dua dakwaan kesalahan berikutan siasatan oleh pertubuhan perlindungan haiwan RSPCA. Adik-beradik itu dijangka hadir di Mahkamah Majistret Thames di London, United Kingdom pada selasa, lapor Daily Star.
Bintang West Ham itu sebelum ini didenda dua minggu gaji oleh pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan £250,000 (RM180,000) disumbangkan kepada pelbagai badan kebajikan haiwan. Dua kucing yang didera itu dibawa keluar dari kediaman Zouma oleh RSPCA susulan rakaman video berhubung kejadian. Kurt Zouma didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan 'penderitaan yang tidak tertanggung' serta satu tuduhan gagal melindungi kucing daripada 'menderita sakit, kecederaan atau penyakit'. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT