SAN JOSE: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di California membunuh diri setelah diugut oleh seorang ‘scammer’ untuk menyebarkan gambar bogel sekiranya gagal membayar AS$5,000 (RM21,962).
Memetik laporan Daily Mail, scammer berkenaan memperdaya mangsa, Ryan Last dari San Jose, dengan menyamar sebagai seorang wanita dan memikatnya, malah suspek menghantar sekeping gambar bogel untuk ‘meyakinkan’ mangsa. Kemudian, suspek meminta mangsa untuk melakukan perkara yang sama, iaitu menghantar gambar bogelnya. Last yang terpengaruh dengan pujukan suspek terus menghantar gambarnya dan tidak lama selepas itu, dia diperas ugut.
Pelajar lelaki itu pada mulanya memaklumkan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan suspek kemudian memintanya membayar AS$150 (RM658). Last turut memaklumkan dia menggunakan semua wang simpanannya untuk diberikan kepada suspek. Namun, suspek masih tidak berpuas hati serta terus meminta bayaran dari Last sehingga menyebabkan dia tertekan dan beberapa jam selepas itu, pelajar tersebut membuat keputusan untuk bunuh diri. Mangsa yang juga seorang pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sobrato, dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri pada Februari lalu. Mayat Last ditemukan oleh ibunya, Pauline Stuart berserta sekeping nota bunuh diri. Dalam nota tersebut, Last menceritakan insiden yang berlaku terhadapnya. “Ada individu menghubungi anak saya dengan berpura-pura menjadi perempuan dan mereka memulakan perbualan sehingga Last terjerat. “Ketika itu, dia memikirkan tiada cara lain untuk melepaskan diri sekiranya gambar tersebut disiarkan dalam talian. “Nota ditinggalkan oleh anak saya menunjukkan dia benar-benar dalam ketakutan. Tiada kanak-kanak mahupun remaja sepatutnya mengalami keadaan demikian,” katanya dalam satu temubual bersama CNN. Kes kematian Last merupakan sebahagian daripada trend sextortian yang semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) yang mana scammer menyasarkan remaja lelaki. -CARI Sumber: Utusan Online
|
dua_chzy replied at 24-5-2022 01:26 PM
Yang kes akak tengok tu, ayat terakhir remaja tu sebelum bunuh diri adelah "You win".
Tu la rugi ja ...
~boolean replied at 24-5-2022 05:31 AM
Betul sis..jaman aku pun ada birah kelas belakang gambar tetek tersebar...punya bangga dia konon s ...
dua_chzy replied at 24-5-2022 01:25 PM
Ni bukan kes pertama melibatkan pelajar cemerlang/promising yang bunuh diri sebab diugut scammer. Du ...
dua_chzy replied at 24-5-2022 01:34 PM
Ntahnya. Birah2 klas blakang zaman aiol sekolah pun aman2 ja hidup. Maintain lawa selim pula itu. ...
dua_chzy replied at 24-5-2022 01:26 PM
Yang kes akak tengok tu, ayat terakhir remaja tu sebelum bunuh diri adelah "You won".
Tu la ruginya ...
mamajawie replied at 24-5-2022 03:06 PM
teringat laki kawan meollss tu..kantoi sex vid call dengan so called cikki yindon skali laki dia da ...
cucuq replied at 24-5-2022 05:33 PM
ape hebat sgt ea minah indon ni.aku rasa trisna ckp tu ade btul gak..sekarang kan musim laki org t ...
mamajawie replied at 24-5-2022 10:44 PM
Yg kawan meollss share tu gambar2 fb pompuan yindon tu sume kulit putih peloles seksi meksi gitu.. ...
cucuq replied at 24-5-2022 10:53 PM
haruslah nk ugut kan demi duit..tpi cuucq rasa dorang ni dah ade group tau n diajar haaa ko try go ...
ADVERTISEMENT