CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biden Tandatangan Undang-undang Susu Formula Bayi

24-5-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 676| Komen: 0

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menandatangani undang-undang yang dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan susu formula bayi di negara itu.


"Hari ini saya menandatangani Akta Akses kepada Formula Bayi 2022.


Kredit foto NBC News

"Akta ini membenarkan keperluan program tertentu ditambah dalam Program Pemakanan Tambahan Khas untuk Wanita, Bayi dan Kanak-kanak supaya orang ramai dapat mengakses susu formula bayi dengan lebih mudah," kata Biden menerusi media sosial pada Sabtu, lapor Sputnik.

Awal minggu ini, pentadbiran Biden memaklumkan AS telah membekalkan 1.5 juta botol lapan auns susu formula bayi dari Switzerland ke Indiana bagi membantu kekurangan bekalan susu formula.


Pada Rabu, pentadbiran Biden menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan untuk meningkatkan pengeluaran susu formula bayi dan menggunakan kapal terbang kargo tentera AS untuk mempercepatkan penghantaran produk ke luar negara, menurut Rumah Putih.

Abbott Nutrition - pengeluar susu formula bayi terbesar di AS - memaklumkan pada Isnin bahawa ia mencapai perjanjian dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS untuk menyambung semula pengeluaran susu formula bayi di negeri Michigan selepas diarah tutup oleh kerajaan persekutuan atas kebimbangan faktor pencemaran. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063666 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top