CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditanya Tentang Jodoh, Ziana Zain Tak Tutup Pintu Hati

24-5-2022 12:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1189| Komen: 2|Original author: Tatod


Dalam tak sedar, rupa-rupanya sudah empat tahun penyanyi Ziana Zain meniti kehidupan bergelar ibu tunggal. 

Sepanjang tempoh itu, dia sama sekali tidak memikirkan soal jodoh kerana keutamaannya adalah untuk membesarkan anak-anak serta meneruskan karier sebagai penghibur.

Memetik laporan mStar, Ziana bagaimanapun selalu berdoa agar diberikan yang terbaik. Dia enggan mengatakan sudah menutup pintu hati untuk mencari teman hidup kerana dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.




"Saya tak berani nak cakap sebab pada masa hadapan kita tak tahu. Tapi, saya mohon pada Allah agar diberikan yang terbaik dalam hidup.

"Sebenarnya, saya lebih fokus pada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi dan kakak. Apa yang akan terjadi pada masa hadapan, kita tak tahu.

"Apabila minta yang baik, Allah nak beri dalam bentuk apa... Wallahualam. Paling penting sekarang ini adalah saya mahu menyanyi dan jumpa peminat," katanya dalam satu temubual.



Sebagai seorang selebriti terkenal, kata Ziana, dia tidak pernah menerima sebarang mesej peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.

Tambahnya lagi, dia juga enggan melayan mesej atau komen yang baginya mengarut kerana tidak mahu menburukkan keadaan.



"Tiada pun peminat yang tawar diri sebab saya tak layan perkara seperti itu. Kadang-kadang, kalau layan benda mengarut nanti akan jadi panjang dan jadi benda tak baik.

"Jadi, lebih baik kita diamkan saja dan tengok yang baik-baik. Barulah saya reply," katanya.



Imbas semula, Ziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki dan seorang perempuan.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 24-5-2022 12:34 PM
anak dia yg 1st kalu digroom bleh jadi model
Quote stingerumble5 24-5-2022 12:41 PM
[youtube]gixrhIcgC4s[/youtube]
Credit:Youtube



Jgn pisang salai berbuah dua kali aja aunty jane

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082150 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top