CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Persona Himpit Penunggang Motosikal Hingga Jatuh Masih Diburu

24-5-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1018| Komen: 0

Polis masih mengesan pemandu Proton Persona yang menukar lorong dan menghimpit seorang penunggang motosikal hingga terjatuh di Kilometer 47.1 Jalan Klang-Teluk Intan pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian jam 9.30 pagi itu berlaku ketika menunggang motosikal lelaki berusia 21 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Ujong Permatang menuju ke tempat kerja di Jalan Bendahara.


Kejadian yang dirakam dashcam di Kilometer 47.1 Jalan Klang-Teluk Intan pada Isnin.

Bagaimanapun, katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Proton Persona dari lorong kanan menukar ke lorong kiri secara mengejut dan menghimpit kenderaan mangsa.


"Mangsa yang dihimpit kemudian menekan brek, tetapi motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan mangsa terseliuh tangan kiri manakala motosikalnya mengalami kerosakan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Kaedah 6(2) LN 166/59.

Pada Isnin, tular di Facebook video berdurasi satu minit memaparkan kereta Proton Persona yang secara tiba-tiba menukar lorong dan menghimpit sebuah motosikal sehingga penunggangnya terjatuh.

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang secara kebetulan mengikut dari belakang.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top