Copenhagen: Perubahan iklim bukan sahaja mempengaruhi ekonomi dan kesihatan masyarakat global, bahkan turut menjejaskan aktiviti harian manusia.
Kajian yang diterbitkan oleh jurnal One Earth, 20 Mei lalu, mendapati peningkatan suhu akan memberikan kesan negatif kepada tidur manusia di seluruh dunia, lapor The Guardian. Penyelidik berkata, hasil penemuan mendapati menjelang 2099, suhu optimum boleh mengurangkan 50 hingga 58 jam tidur seseorang bagi setiap tahun. Pakar malah menjelaskan kesan perubahan suhu tersebut akan menyebabkan gangguan tidur yang lebih besar kepada penduduk di negara berpendapatan rendah melibatkan orang dewasa dan warga emas. Penulis kajian dari Universiti Copenhagen, Kelton Minor berkata, hasil kajian menunjukkan tidur yang merupakan proses pemulihan penting untuk kesihatan dan produktiviti manusia boleh terjejas akibat suhu lebih panas. “Dalam kajian ini, kami menyediakan bukti berskala planet pertama bahawa suhu lebih panas daripada purata mengurangkan tidur manusia. “Faktor itu akan menyebabkan seseorang tidur lebih lambat dan terjaga ketika cuaca panas,” katanya. Kajian itu menggunakan data tidur global tanpa nama yang dikumpul daripada gelang penjejakan tidur. Data itu termasuk tujuh juta rekod tidur daripada lebih 47,000 dewasa di 68 negara merangkumi semua benua kecuali Antartika. Kajian menunjukkan pada malam yang sangat panas iaitu suhu melebihi 30 darjah Celcius akan menyebabkan pola tidur turun secara purata lebih 14 minit. Tidur juga akan berkurang dari tujuh jam akibat peningkatan suhu. Dalam kajian semasa, penyelidik mendapati dalam rutin hidup biasa, individu lebih dapat menyesuaikan diri dengan suhu luar lebih sejuk daripada keadaan yang lebih panas merentasi musim, demografi dan konteks iklim yang berbeza. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Samerosie replied at 24-5-2022 05:51 PM
In my own opinion la, I rasa negeri2 yg extreme panas, derang dah adapt lama dah macam buat tempat t ...
mbhcsf replied at 24-5-2022 10:14 AM
bil air cond memang naik lah sejak 3-4 bulan lepas. Malaysia now is to hot lah...even in Kedah ye, t ...
rosedemon replied at 24-5-2022 09:12 AM
ya. demon pon tetengah malam bgn basah habis berpeloh.boleh mati cepat
gigahertz replied at 24-5-2022 06:19 PM
u beli bende ni sis
u combine sekali dengan aircond.
ADVERTISEMENT