CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MDEC Tak Hantar SMS Tawar Kerja Kosong

24-5-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1008| Komen: 0

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS).


MDEC dalam kenyataan pada Isnin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima SMS yang tular didakwa menggunakan nama syarikat berkenaan.



"Kami telah dimaklumkan terdapat sistem SMS yang menyamar sebagai MDEC menawarkan kerja kosong kepada orang awam.

"Kumpulan ini beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak MDEC,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mahukan penjelasan boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan MDEC (CliC) melalui [email protected].



Orang ramai juga boleh melayari www.mdec.my atau laman sosial rasmi MDEC sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan dengan program, inisiatif dan peluang pekerjaan.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.108724 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top