Kerana mahu menjimatkan minyak, seorang jurulatih kuda memilih untuk menggunakan kereta kuda dan meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di rumah.
US News melaporkan, walaupun Stephanie Kirchner, 33, menempuh perjalanan lebih panjang ke tempat kerja, namun ia pilihan terbaik ketika kos bahan api semakin meningkat. "Memandangkan saya jangkakan penuaian jerami dan segala-galanya jauh lebih mahal, saya perlu menjimatkan wang," katanya. Justeru, dia mengambil keputusan menggunakan kereta kuda untuk ke tempat kerjanya sejauh kira-kira enam kilometer dari rumahnya di barat Jerman.
Keputusan itu menjadikan jarak perjalanan sehala lebih lama iaitu dari 10 hingga 15 minit kepada sejam. Bagaimanapun, Kirchner yang sudah membuat kira-kira menyatakan dia menjimatkan 250 Euro (kira-kira RM1,162) sebulan jika menggunakan kereta kuda setiap hari. Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 24-5-2022 11:39 AM
So cheaper la maintaining kuda2 ni ye? Mmmm baik la ko naik beskal je kata jarak dari rumah dgn off ...
Lagubestbest replied at 24-5-2022 04:50 PM
USA inflasi 8.5%+.. last tinggi macam ni 1980-an
mejaputih replied at 24-5-2022 02:46 PM
Cycling is more appropriate kalau dalam bandar...x psl2 najis kuda merata2 pula
plywood replied at 25-5-2022 09:09 AM
cycling kalau gundu susah
FOTHER-MUCKER replied at 24-5-2022 06:42 PM
Mereka ni guna air sahaja. 1L air bisa tempuh jarak 450KM!
FOTHER-MUCKER replied at 25-5-2022 10:44 AM
Malaysia bila lagi?
Air Jadi Bensin, 1 Liter Mampu Tempuh 500 Km? Kompas.com - 23/05/2022, 05:45 W ...
gigahertz replied at 25-5-2022 01:38 AM
harga makanan sana mcm mana?
FOTHER-MUCKER replied at 25-5-2022 10:44 AM
Malaysia bila lagi?
Air Jadi Bensin, 1 Liter Mampu Tempuh 500 Km? Kompas.com - 23/05/2022, 05:45 W ...
Lagubestbest replied at 25-5-2022 08:31 AM
ntahla tapi sana harga (jangan convert ke RM) groceries asas murah je. USD50 tu masih mampu penuh t ...
ADVERTISEMENT