CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nyaris Mati Melecur Teruk, Apa Motif Polis Renjat Guna Pistol Elektrik Semasa Isi Minyak?

24-5-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1153| Komen: 2

FLORIDA: Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun hampir maut akibat terbakar dan melecur tahap ketiga selepas ditembak dengan pistol perenjat elektrik oleh seorang anggota polis. 


Syerif Daerah Osceola, Marco Lopez menerusi sidang akhbar memaklumkan anggota polis yang terlibat ialah timbalan polis di daerah itu, David Crawford. 

Lopez berkata,Crawford melepaskan tembakan renjatan terhadap mangsa ketika dia mengisi minyak dan insiden tersebut menyebabkan letupan berlaku.

Foto: WFTV

Lapor Daily Mail, kejadian itu juga menyaksikan Crawford mengalami kecederaan, namun tidak serius.


“Adakah lelaki ini layak menerima nasib sebegini? Jika dia bertahan sudah pasti hidupnya akan musnah.

“Sebahagian daripada kurikulum latihan yang diajar kepada setiap pegawai penguatkuasa undang-undang adalah menentukan penggunaan senjata yang sesuai. 

“Jelas sekali ini bukanlah persekitaran yang sesuai untuk menggunakan pistol perenjat elektrik,” kata Lopez. 

Merujuk dasar Jabatan Syerif Daerah Osceola, penggunaan pistol itu boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya berada di kawasan tinggi dan dikelilingi bahan mudah terbakar. 

“Pegawai penguatkuasa undang-undang berada di sana untuk melindungi masyarakat dan mereka perlu berpegang kepada piawaian yang lebih tinggi dan anggota tersebut perlu bertanggungjawab,” katanya. 

Mangsa, Jean Barreto masih bertarung nyawa dan terlantar di hospital manakala sehingga kini, polis belum mendedahkan motif tindakan Crawford yang merenjat mangsa. 

Sementara itu, ahli keluarga mangsa menuntut pihak berkuasa tertinggi supaya memantau siasatan yang dijalankan oleh pihak polis berhubung insiden itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-5-2022 05:11 PM
polis bertindak melulu ke apa ni.nayalah kalau org tu mati
Quote Nenasketum 24-5-2022 05:14 PM
Racist polis kah? Tu tempat ramai south american yang takleh cakap inglis.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.185446 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top