CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjaga Zoo Putus Jari Ketika Mahu Belai Seekor Singa di Jamaica

23-5-2022 05:44 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1005| Komen: 0|Original author: Agent13k

Menjaga haiwan di Zoo adalah bukan kerja yang mudah kerana haiwan yang berada di zoo tersebut kebanyakannya adalah haiwan yang liar, malah, tidak semua haiwan di zoo senang dijaga.

kredit foto: Facebook


Menurut laporan dari Vocket, baru-baru ini ada seorang penjaga di Zoo St Elizabeth di Jamaica kehilangan jari manis kanannya selepas mencuba memasukkan tangannya ke dalam sangkar untuk membelai seekor singa, tetapi jarinya telah digigit oleh singa itu.

Loading FB Post...


Difahamkan, lebih kurang 15 orang yang melihat kejadian itu berlaku, penjaga zoo yang kehilangan jari itu berjalan ke kenderaan sebelum meninggalkan zoo untuk mendapat rawatan, tetapi jari manisnya tidak dapat diselamatkan kerana telah dimakan oleh singa tersebut.

kredit foto: Facebook

Menurut Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica iaitu Pamela Lawson berkata, siasatan akan dilakukan di zoo itu dan beliau akan berkomunikasi dengan Agensi Alam Sekitar dan Percangan Kebangsaan yang mahu mengawasi haiwan-haiwan di Zoo St Elizabeth. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.182124 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top