Mengadakan jamuan makan di sekolah adalah perkara biasa dan jamuan ini selalu dilakukan untuk sambutan hari lahir seseorang itu, menyambut Hari Guru, khusus kecil-kecilan dan lain-lain lagi. Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada ciapan tular di media sosial Twitter, yang kelihatan murid-murid dibiarkan makan bersila dilantai tanpa alas tikar, sementara guru-guru lain dan tetamu kenamaan pula makan selesa di atas meja dan kerusi beralas. Difahamkan, ramai neitzen dan segelintir ibu bapa murid tersebut tidak berpuas hati dengan sekolah itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta menjalankan siasatan ke atas sekolah tersebut dan menurut Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif dari pihak sekolah itu. Menjengah di komen pula, ada netizen yang berkata ini adalah perkara normal bagi murid-murid itu, dan ada juga mengatakan sekolah itu sekurangnya letak alas tikar di tempat makanan murid-murid itu. -CARI |
ADVERTISEMENT