CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Empat Hari, Tiga Malam Kot!"-Suami Terkejut Kena Bayar Bil Hospital Isteri RM17 Je

23-5-2022 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5924| Komen: 75

Seorang suami terkejut apabila dia perlu membayar RM17 sahaja bagi kos perubatan isterinya yang sakit selama empat hari di sebuah hospital kerajaan.

Katanya, dia menyangka kos yang perlu dibayar pastinya mahal dan telah menyediakan RM400 untuk membayar bil rawatan itu.

Bagaimanapun, individu tersebut tidak menjangkakan caj perubatan yang dikenakan oleh hospital tersebut adalah jauh lebih murah berbanding sangkaan.

Foto: FB

“Serius lah? Empat hari, tiga malam kot.” tulisnya di Twitter.

Menurutnya, sebelum ini dia juga pernah menggunakan perkhidmatan perubatan di klinik kerajaan dan hanya dikenakan RM1 untuk setiap rawatan yang menyeluruh dan pelbagai.


Amirul bersyukur kadar kos perubatan di Malaysia lebih murah berbanding negara lain meskipun perlu menunggu lama, namun ia tetap berbaloi.

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pandangan yang sama di ruangan komen.

“Samalah bang, isteri saya bersalin secara pembedahan ‘caesarean’ hanya perlu bayar RM200,” komen Rostam Mohd Zairi.

“Sistem kesihatan kita agak bagus. Cuma sesetengah hospital agak sesak dan kekurangan fasiliti,” komen pengguna lain.

“Itu pun ada yang suka membandingkan Malaysia dengan negara lain. Kos rawatan di hospital kerajaan memang termurah berbanding negara-negara lain,” ujar Mohd Rizal Abdullah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 23-5-2022 02:21 PM
kang 17k kau gak viral melolong kata mahal
Quote mziskandar 23-5-2022 02:24 PM
terima kasih kpd pembayar cukai
Quote prettyuglybabe 23-5-2022 02:33 PM
tu pun ramai tak reti bersyukur..
bayar murah pastu ubat main buang-buang..
Quote salimrock 23-5-2022 02:35 PM
syukur la, masih ada kelebihan tinggal di Malaysia ni...


jd jgn la kutuk lebih2
Quote dua_chzy 23-5-2022 02:35 PM
Kalau takds raswah, kronisme, nepotisme -service, working conditions, gaji, kebajikan warga hospital government tentunya jauh lebih baik.
Quote s@s@ 23-5-2022 02:46 PM
puji hospital, lepastu dok maki lhdn sebab kutip cukai.....   lepastu menteri pun dok ckp t20 yg byk balun subsidi. dah puak tu yang contribute tinggi, pastu gaji 10000 pun ko letak t20 memang la
Quote rosedemon 23-5-2022 02:57 PM
sukurrr malaysia masih aman
Quote Myhappyending 23-5-2022 03:01 PM
Edited by Myhappyending at 23-5-2022 07:33 PM

Semoga memberi saham akhirat lah kepada pembayar cukai
Quote supernaturalee 23-5-2022 04:05 PM
Memey lh mughoh
Tgl lg ms nk menunggu tu la agk lm

Quote lifeline 23-5-2022 04:21 PM
Edited by lifeline at 24-5-2022 10:12 AM

gomen hospital ni leceh kt tunggu la kena berlama
lelain bagi iols service bagus
doctor bagus
nurses pon yg muda2 skit ni kebnyakkan yg iols jumpa bebaik laaa

ni iols tgh preggy anak 1st....plannya nk veranak kt gomen je la sbb murah n pakar2 pon byk apa2 hal senang...

Quote Peterpan17 23-5-2022 04:45 PM
Myhappyending replied at 23-5-2022 03:01 PM
Semoga memberi saham akhirat lah kepada pembayar zakat

juga kena berterimakasih pada yg byr cukai.
Quote Suchi 23-5-2022 04:46 PM
Tu pasal ramai warga asing suka kawen ummah ada ic biru warganegara.
Sbb bila kawen auto depa manfaat ni juga, anak depa pun.

Penah je satu wad dengan dorang muka senyum je lepas beranak asik duk sebut pasal bil dia tak mahal.
Quote Suchi 23-5-2022 04:47 PM
Myhappyending replied at 23-5-2022 03:01 PM
Semoga memberi saham akhirat lah kepada pembayar zakat

Pembayar zakat ke pembayar cukai?
Quote Nenasketum 23-5-2022 04:48 PM
Kalau kena bayo mahal pun memekak, bayo murah pun tanjat ke boboi?
Quote pearl.silver 23-5-2022 04:53 PM
Terima kasih pembyr cukai
Tp i xphm gak sistem bil diorg ni
I masuk wad byk hari pastu major operation byr xsmpi rm150. Ni hospital besar.
Tp bila i warded hosp kecik.. Tp ada guna khidmat ambulan sbb kne transfer hospital. Duk 1 mlm je pun bil hosp dah ssratus lebih.
Dlm bil xde tulis item2 lak tu. Terus jumlah besar je.
Quote syaz_lina 23-5-2022 05:49 PM
Syukur la duk kat malaysia..perubatan dah jatuh percuma.pati masuk hospital pun 2,3 ratus je belanjan bersalin.tu pun ramai lari tak bayar bil
Quote faraway1 23-5-2022 06:25 PM
Bukan malaysian aje...

Hari tu kerana ambil first-class room 2 bed so husband boleh berkampung sama, 3 hari 2 malam less 2 ratus dollars .

Kalau kongsi dorm 4 orang se bilik, free.... Even epidural free.

Ok done banding  
Quote dani-rox 23-5-2022 06:30 PM
[youtube]a5CxktTXe7U[/youtube]
Quote Myhappyending 23-5-2022 07:34 PM
Peterpan17 replied at 23-5-2022 04:45 PM
juga kena berterimakasih pada yg byr cukai.

Salah tulis pulak, kepada pembayar cukai walaupun belum dapat refund lg

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.188928 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top