CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Diganggu- Caprice Warning, Beri Masa 24 Jam Untuk Mohon Maaf

23-5-2022 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5616| Komen: 52|Original author: Tatod


Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice tampil memberikan amaran kepada seorang lelaki yang didakwa telah mengganggu privasi isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp.

Menerusi Instagram, Caprice menunjukkan paparan mesej daripada individu berkenaan yang dikirimkan kepada isterinya pada jam 11.02 malam. 

Kata Caprice, perbuatan lelaki tersebut sudah melampaui batas dan dia memberikan tempoh 24 jam kepada individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.



"Pertama sekali, Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya.

"Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau Whatsapp isteri saya, itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya," katanya.

Caprice menjelaskan, dia terpaksa mengambil tindakan dengan sedemikian kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anaknya apatah lagi individu berkenaan masih lagi menghantar mesej kepada isterinya walaupun sudah diberikan amaran.


"Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya., Jadi, awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari saya dan minta maaf depan-depan.

"Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir, okay mamat ni mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi. Tetapi, hari ini (semalam) dia text isteri saya. Guys, jangan main gila terutamanya tentang keluarga," katanya.


Terdahulu, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 23-5-2022 01:22 PM
Ape yg dia whatsapp? Kalo lucah2 harus la marah tp kalo stakat comelnya, i like ur selfie tu kezzahhh la..plus mana die dpt no.?
Quote alieyrina 23-5-2022 02:50 PM
Tah2 kawan dia dulu tak pun kwn hang circle2 hang jugak. Kuasa aihh org nak amik tau
Quote Burong_Hantuk 23-5-2022 02:57 PM
serasi la laki bini nih...dengan laki ada mental issue
Quote SherryZass 23-5-2022 03:16 PM
kalau takat mesej, gitu..block kan aje lah ai. Tak pon bolayan aje. Kalau mesej melampau batas, lucah, ancaman, haruslah diambil tindakan.
Quote Nenolen 23-5-2022 03:22 PM
dik topi…kaka bkn retis…selpi pun tak suka tapi ramai jer dm kat fb kata senyuman kaka manis mengoda padahal gambar profile skema yangkat masa kat menara taming sari…apa susah ku blok shj…
Quote LadyCarefree 23-5-2022 03:31 PM
Fefeeling ada binik terpaling cantik seksi ramai lelaki hadap ke? Apakebodohnya takat gitu pon nak melenting?
Quote bahagiaselalu 23-5-2022 03:53 PM
suruh isteri tutup aurat, pakai baju longgar, x menari di tiktok.. InshaaAllah orang lelaki pun tak de nak kacau.. hehe
Quote mizruncing 23-5-2022 03:58 PM
lahhh layan buat pe. block jelaaa.
Quote RinIna 23-5-2022 04:04 PM
Haku ni ad jek ntah2 sape wasap aku... kalau lebih2 block jelah.. x yah layan.. ajet hot jerk.. aku settle sndri je.. x de nk ckp kat laki aku haih..
Quote cmf_premierleag 23-5-2022 04:07 PM
Block je la bongok
Mengada nak panjangkn cerita bagai
Quote pekanwoohoo 23-5-2022 04:08 PM
Bodohnya budak ni. Sama bodoh budak BBNU yang mengidolakan heols ni
Quote DragonSari 23-5-2022 04:13 PM
Attention seeker.. X heran la kena kacau dgn jantan2 camni. Block sudah
Quote ayukpingu 23-5-2022 04:20 PM
bini kau pun satu. title isteri tp outfit nya mengundang. padan muka. len kali srh bogel terus je bini kau
Quote yondu 23-5-2022 04:29 PM
da binik ko masih lagi ade aura bohsia wlaupn da jadi binik org. benda cmtu blh block je kot. x sngka otak laki bini ni kecik je
Quote Parit.Hilton 23-5-2022 05:05 PM
huk aloh. ingatkan ada mesej lucah ke, hantar gambar tak senonoh ke.
setakat tulis i like your selfie je pun nak menggelabah ke?

cuba hang tanya noh hujan ada tak mizz nina dapat mesej camni?
aku yakin takdak sebab apa? sebab nina pandai jaga diri.
so lelaki pun tak berani nak hantar mesej bebukan.
Quote buapakperut 23-5-2022 05:37 PM
Sound la Bini tu,dah dia yg sukakan perhatian.mcm taktau jantan/pengkid sangap tgk pose seksi sheol.chuba Sheol pakai MCM wani sendu tu.aman je choul
Quote nakkomenjugak 23-5-2022 07:33 PM
so???
button block yilekkk???
kena gitau satu malaya minik ko masih dicarik jejantz??
go to hell
Quote Mary_jane 23-5-2022 08:04 PM
‘Jakun’ nya mamat ni. Asal kan ada content.
Quote cikus 23-5-2022 08:18 PM
Perlukah ? Mcm hareyyy....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top