CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wafariena Diugut Nak Disantau Dan Disimbah Asid, Apa Kes?

23-5-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2357| Komen: 13

Gara-gara keberkesanan permainan watak pemusnah rumah tangga orang dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Nurul Ain, pelakon Wafariena mendedahkan menerima ugutan santau daripada penonton taksub.


Kata Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, ugutan tersebut diterimanya menerusi media sosial termasuklah direct message (DM) Instagram.

Foto: IG

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.


“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.



Terdahulu, watak Nurul Ain menerusi drama rantaian arahan pengarah Jamal Khan itu sekali lagi mencetuskan amarah luar biasa dalam kalangan audiens yang rata-rata mengecam karakter berkenaan yang menjadi orang tengah atau pemusnah rumah tangga Mia dan Khuzairi (lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya).

Drama berkenaan telah pun menamatkan tirai menerusi episod akhir.



Ditanya tentang sama ada dirinya selesa melakonkan watak antagonis seperti Nurul Ain, Wafariena berkata, dia terbuka untuk melakonkan watak-watak lain selepas ini bergantung kepada tawaran dan skrip.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.



“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar Wafariena.

Sebelum ini, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendedahkan, pernah diugut netizen sehingga ingin disimbah asid pada wajah juga disebabkan karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 23-5-2022 11:26 AM
xcaya..


Quote bahagiaselalu 23-5-2022 11:48 AM
orang2 Melayu ni taksub sangat dengan apa2 drama or hero heroin kerr.. buat chill chill sudah la.. jangan terbawa bawa ke kehidupan realiti.. and jangan fanatik sangat dekat org2 hensem, org2 lawa..  
Quote Kancilkering 23-5-2022 11:49 AM
x best le minah ni berlakon….
Quote auntyonion 23-5-2022 11:52 AM
Kebanyakan Org meleis ni memang suka hidup dlm fantasi
Quote Nanadjo 23-5-2022 12:12 PM
Drpd nak santau benda lakonan, baik la kau santau benda yg real, tu pak menteri tu ramai yang jahat mengalahkan setan, pi santau diorang dulu. Pelik2 la sampi nak taksub pun.
Quote Kepot 23-5-2022 12:20 PM
dia ni pakai tudung tak lawa nmpk muka bolat klu free hair lawa nmpk kurus.
Quote cantthinkofany 23-5-2022 12:58 PM
lawanya budak pompuan ni....
Quote bahagiaselalu 23-5-2022 01:25 PM
Kepot replied at 23-5-2022 12:20 PM
dia ni pakai tudung tak lawa nmpk muka bolat klu free hair lawa nmpk kurus.

iolls rasa dia cantik bila pakai tudung...tutup aurat tu kan manis dan nampak ayu jerrr hehehe
Quote pembacagosip 23-5-2022 01:59 PM
dia cantik juga. btw yeye je eh obses sungguh penonton tu
Quote Nenasketum 23-5-2022 06:28 PM
The most annoying village idiot on tv
Quote Piramida 23-5-2022 06:33 PM
Maybe bolehlah start letak sticker kat muka.. Kot2 boleh tepis santau or ain ain dan sewaktu. Boleh belajar or masuk kelas usetaz dan hajjah bungkus cara2 letak sticker.
Quote gx5448 24-5-2022 12:46 AM
cantthinkofany replied at 23-5-2022 12:58 PM
lawanya budak pompuan ni....

Ada iras2 wilma kan?..aku suka nengok dagu bontot dia..
Quote buragazz 24-5-2022 02:03 PM
Dia ni menyanyi pun leh tahan.. pada aku lakonan dia tak la kayu cuma boleh diperbaiki lagi...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.092412 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top