Pilih gaya semulajadi. Begitulah kisahnya mengenai model ini yang selesa menyimpan bulu ketiaknya.
Menurut Fenella Fox, 28, bulu ketiak itu turut membawa tuah buatnya sehingga dia lebih berjaya dan menerima banyak tawaran kerja. Menurut wanita dari Bristol itu, dia kini bagaimanapun tertekan apabila peminat menghalangnya untuk tampil dengan imej baharu. "Saya mula menyimpan bulu pada badan ketika berusia 19 tahun. Kerjaya saya bermula selepas saya kongsi gambar dan video memaparkan bulu ketiak di Instagram dan YouTube.
"Saya tak sedar saya berjaya menarik perhatian ramai peminat lelaki, ada dalam kalangan mereka suka wanita yang memiliki bulu ketiak," ujar model OnlyFans itu.
|
ADVERTISEMENT