CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Biarkan Je,"-Fasha Sandha Tak Kisah Suami Keluar, Lepak-Lepak

23-5-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2969| Komen: 10

Mahu memberi inspirasi kepada wanita, pelakon Fasha Sandha berkata, dia seronok membawakan watak-watak yang menunjukkan kekuatan seorang perempuan.

Pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu berkata, karakter Amira yang dibawakan itu dapat menjadi ikutan kepada wanita mengalami nasib sama yang ditindas kaum lelaki.


Foto: IG

"Saya suka drama yang memaparkan kekuatan seorang wanita sebab seperti yang kita tahu wanita sekarang tidak lagi ditindas... mereka lebih kuat berbanding dulu.

"Sebab sekarang ramai wanita yang sudah berjaya dan mencari pendapatan sendiri, tak bergantung kepada lelaki. Kekuatan wanita tak boleh disangkal dah.



"Seperti drama Dendam Seorang Isteri yang kini menjadi ikutan. Mula-mula watak saya ditindas tapi dia bangkit dan mendapat kekuatan untuk balas dendam.

"Banyak dah sekarang drama yang memaparkan kekuatan wanita. Dalam berkarya dapat juga beri inspirasi kepada wanita di luar sana," katanya kepada mStar.

Aktres berusia 38 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu ketika sesi temu bual bersama mStar secara maya pada Khamis.



Selain Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, drama 80 episod itu turut dibintangi oleh Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini turut berkongsi pandangan mengenai masa dan ruang yang diperlukan setiap pasangan dalam rumah tangga.



"Bagi saya, tak salah untuk lelaki keluar dengan kawan-kawan. Sebab dalam perkahwinan ini, kita yang mencorakkannya. Sebagai wanita, kita kena sentiasa tenang.

"Kalau suami nak lepak dengan kawan-kawan atau main bola, biarkan mereka. Kita kena bagi ruang kepada pasangan kita untuk ada masa sendiri (me-time).



"Sama juga suami, kena beri juga masa dan ruang kepada isteri untuk me-time. Dalam perkahwinan ini kena give and take," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 23-5-2022 11:33 AM
Uiy see thru
Quote Kepot 23-5-2022 12:22 PM
bagus la cmtu sbb kita pun suka me time dgn kwn pompuan kan.
Quote DianaSaksen 23-5-2022 12:24 PM
Fasha kena kuruskan badan sikit
Dlm drama dendam seorang isteri tu
Nampak sangat gems nya
Quote ariellin 23-5-2022 03:45 PM
Dia ni makin selekeh makin macam asal siap je
Quote MisXoXo 23-5-2022 08:05 PM
Kalau dia masak..sepah nau nau dapur..bhgn belakang..ekekeke.
Quote razzia 23-5-2022 09:03 PM
tak sesuai nk jadi heroin maybe sb dh berisi badan mak2 muka cun lg
Quote afie_m 24-5-2022 12:17 AM
Kena kuruskan badan balik fasha oiii..tapi still cantik dipandang
Quote Nenasketum 24-5-2022 07:37 AM
Dia ni jenis tak age gracefully rasanya tapi production suka sebab disiplin baeeek punya.
Quote anony-mous 27-5-2022 10:44 AM
Nenasketum replied at 24-5-2022 07:37 AM
Dia ni jenis tak age gracefully rasanya tapi production suka sebab disiplin baeeek punya.

I tgk dia age gracefully compare nowa (nak jugak banding kan ) tp dia kena kurus. Muka mmg cun dah sbb x cucuk sana sini. Dia pon mcm redha mok2 n menua x ada gedik2 sgt n x filter tebal2. Nmpk pure happy
Quote fazila17 28-5-2022 07:29 AM
Edited by fazila17 at 28-5-2022 07:30 AM

Lawak tengok dia berlakon pukul2 kepala sendiri bila scene meroyan.. kebanyakan drama pulak tu.. takde method lain ke nak kasi diri sendiri nangis masa scene gitu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057525 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top