CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak Warner Bros, Babak Dalam Aquaman Dipotong

20-5-2022 12:51 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 4220| Komen: 16|Original author: Agent13k

Sebelum ini kita mendapati pelakon Pirates of The Caribbean dan Fantastic Beasts iaitu Johnny Depp telah disenarai hitamkan oleh Warner Bros susulan dakwaan penderaan domestik yang dituduh oleh pelakon dan bekas isterinya, Amber Heard.

kredit foto: Insider


Petikan dari Screentime, Amber Heard baru-baru ini telah dilepaskan dari kontrak oleh Warner Bros dan Heard dikatakan meminta untuk mengekalkan karekter Mera dalam filem Aquaman and the Lost Kingdom yang akan dikeluarkan pada Mac 2023, tetapi Heard tidak tahu berapa banyak babak karekternya akan dipotong.


Difahamkan, ada satu petisyen yang mahukan Amber Heard dikeluarkan dari filem itu dan petisyen itu telah mencapai 4 juta tandatangan, Warner Bros menyedari itu bukan nombor yang kecil dan tidak boleh memandang ringan perkara itu.

kredit foto: Change

Malah, ada spekulasi mengatakan watak "Mera" mungkin akan dimatikan, tetapi Warner Bros mungkin akan mencari pelakon lain untuk memainkan watak Mera kerana watak itu amat penting dalam filem Aquaman.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gangerina 20-5-2022 03:06 PM
Yes!!!! kuasa netizen....
Quote zarulnazmi 20-5-2022 03:12 PM
Sedangkan watak Grindelwald pun boleh diserahkan pada pelakon lain, jadi takde masalah nak tukarkan pelakon untuk watak Mera.
Quote nadie90 21-5-2022 06:44 PM
Punya la lama nak lepaskan akak ni pdhl dia dikenali sbb ada hubungan dgn JD ja....masa JD kena tuduh pukul bini Disney dgn WB xambil masa yg lama pecat JD
Quote gurlfriday 21-5-2022 06:55 PM
Why ramai ckp bitch ni cantik ye, pd mata iols dia biasa je kot, kt aquaman pn even dh makeup pn biasa je, tgk kt court skrg lg la nmpk tua dr usia
Quote fazamania 21-5-2022 11:10 PM
Katanya tak confirmed lagi pasal ni.
Quote missyL 21-5-2022 11:47 PM
gurlfriday: Why ramai ckp bitch ni cantik  ...


Die mmg lawa i rase. I tgok die dlm danish girl. Lawa sunggoh smpi i rewind nk tgok muka die haahaha
Dlm aquaman pn lawa

Tp skang dlm courtroom tu. Buruk btol eh
Mmg muka tgh masalah sgt
Kusut gile muka die.
Quote missyL 21-5-2022 11:49 PM
nadie90 replied at 21-5-2022 06:44 PM
Punya la lama nak lepaskan akak ni pdhl dia dikenali sbb ada hubungan dgn JD ja....masa JD kena tudu ...

Kan
Cpt btol Hentam JD.maybe sbb DV mostly victims perempuan
Disney pn tolak JD
Now Baya 300 million pn JD xkn jadi jack sparrow lagi
Quote takayama 24-5-2022 06:08 PM
lawa ke dia ni tgk biasa2 aje
Quote blakerainer 24-5-2022 07:30 PM
missyL replied at 21-5-2022 11:49 PM
Kan
Cpt btol Hentam JD.maybe sbb DV mostly victims perempuan
Disney pn tolak JD

Heolls mmg dh confirm sendiri tak nak rejoin muvie PoTC dah, tp baru ni ada sesi pujuk memujuk drp producer muvie tu supaya heolls kembali jd Jack Sparrow haha. Kena buang gitu je pastu tadah balik, hmm tak payah lahhh.
Quote MsJules 24-5-2022 07:37 PM
Lawa si Amber Heard ni...
Tapi rasanya dia ni ada borderline personality disorder.
Quote SedihPedih 25-5-2022 12:19 PM
sahih ke berita ni? kalau ikut semalam mcm x ja
Quote She-Ra 25-5-2022 12:27 PM
#justiceforjohnnydepp
rajin gak folo perbicaraan dorg ni
amber tu, jelas betul sakit jiwa dia.. berlakon nak nangis, berlakon sedih.. mmg nampak sgt dibuat2
Quote xAthenax 25-5-2022 12:32 PM
kalau ada muka dia dalam Aquaman
weols 1 family boikot
#justice4johnnydepp
Quote kaz2y5 30-5-2022 08:01 PM
missyL replied at 21-5-2022 11:47 PM
Die mmg lawa i rase. I tgok die dlm danish girl. Lawa sunggoh smpi i rewind nk tgok muka die haaha ...

eddie redmayne lagi cantik hihi jokingjoking. tapi mmg AH lawa dalam danish girl. maybe sebab style & makeup dia, style zaman dulu2. klasik

dalam courtroom, ada team dia advise untuk nampak serabut macam tu kot. lepas tu buat muka sedih2, muka orang yang teraniaya. diaorng pakai juri kan? so kena ambik simpati juri. tapi kelakar la tengok dia & team dia, nampak sangat incompetent compare dengan team JD. instead of dapt banyak simpati, dah jadi bahan jenaka pulak

good luck lah untuk mereka berdua
Quote missyL 30-5-2022 08:07 PM
kaz2y5 replied at 30-5-2022 08:01 PM
eddie redmayne lagi cantik hihi jokingjoking. tapi mmg AH lawa dalam danish girl. maybe sebab style ...

Hahahah
Kan eddie pn lawa

But yes die dlm danish girl mmg lawa.


Dlm court room mmg nmpk die sgt serabut haha
But mase kate moss jadi witness die mekap lawa2 hahahahah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042361 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top